Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia terbuka, bebas beri pandangan terhadap negara lain

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai kebebasan dalam memberi pandangan dan ulasan terhadap manamana negara lain, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata Malaysia mempunyai dasar yang bebas tanpa dipengaruh­i manamana negara kuasa besar dan atas pendirian itu, jika ada tindakan oleh mana-mana negara yang tidak memuaskan, Malaysia terbuka untuk memberikan pandangan.

“Hubungan kita dengan negara Amerika Syarikat adalah hubungan dua hala antara dua negara yang bebas dan merdeka. Amerika Syarikat mempunyai dasar dan tindakanny­a. Kita mempunyai dasar kita yang bebas tanpa dipengaruh­i oleh mana-mana negara kuasa besar atau tidak.

“Oleh itu, atas pendirian tersebut kalau ada tindakan oleh mana-mana negara yang kita tidak berpuas hati kita mungkin memberikan pandangan dan ulasan kita,” katanya ketika sesi penggulung­an perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankua­sa bagi Kementeria­n Luar di Dewan Rakyat semalam.

Terdahulu, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) ketika membahaska­n Belanjawan 2021 Kementeria­n Luar menegaskan Malaysia mesti mempunyai pendirian yang tegas berhubung isu keselamata­n pelbagai hala.

“Suka saya tegaskan supaya pendirian negara kita ini mesti pendirian yang tegas dan kita tidak berganjak dan tidak tunduk kepada gesaan dari negara lain terutama isu yang menyentuh Kashmir, Palestin dan Rohingya,” kata Nik Muhammad Zawawi.

Menyentuh isu Palestin, Kamarudin berkata pendirian Malaysia tidak berubah, sama seperti yang pernah dinyatakan dalam pelbagai forum antarabang­sa dan dalam negara sebelum ini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu rakyat Malaysia yang didakwa menjadi gelandanga­n di Singapura, beliau berkata jumlah sebenar mereka yang terlibat adalah sebilangan kecil sahaja dan kementeria­n bersedia untuk membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi mereka.

“Kami ada peraturan perjalanan yang bebas kepada mereka. Jika ada masalah boleh rujuk mungkin ada prosedur yang jelas yang tidak diketahui. Kementeria­n akan bantu mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia