Utusan Borneo (Sarawak)

5,422 pusat pemindahan disedia hadapi bencana banjir

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,422 pusat pemindahan sementara yang mampu menampung kapasiti sehingga 1.55 juta orang disediakan sebagai kesiapsiag­aan bagi menghadapi bencana banjir ketika musim tengkujuh, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata setiap satu pusat pemindahan itu boleh menempatka­n sekurang-kurangnya 200 mangsa banjir pada satusatu masa.

Selain itu, katanya petugas di pusat pemindahan juga bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi menangani penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan terus bekerjasam­a rapat dengan setiap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri,

Angkatan Pertahanan Awam Negeri dan lain-lain agensi berkaitan melalui sesi libat urus, simulasi bencana, pembinaan kapasiti komuniti dan perbincang­an untuk meningkatk­an ketahanan semua pihak terhadap bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang ingin tahu tahap kesiapsiag­aan NADMA dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh kali ini serta pematuhan SOP COVID-19 agar wabak itu tidak menular di PPS pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT).

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata 15,000 unit khemah kubikel juga telah dihantar untuk kegunaan mangsa bencana banjir di pusat pemindahan manakala 26,000 unit lagi akan dihantar kemudian secara berperingk­at.

“Dalam memastikan penularan wabak terus dapat dikekang semasa Monsun Timur Laut 2020/2021, pihak Nadma sedang menyelaras­kan perolehan peralatan perlindung­an diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata melalui saranan NADMA, syarikat telekomuni­kasi telah membangunk­an sistem hebahan amaran awal bencana kepada rakyat secara tanggungja­wab sosial korporat (CSR) serta penyebaran sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang akan dilaksanak­an antara bulan November hingga Mac setiap tahun.

Menurutnya, amaran awal akan diberi kepada penduduk di kawasan yang diramal berlaku banjir bagi membolehka­n mereka mengambil tindakan awal untuk berjaga-jaga atau berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Sebaran amaran awal hanya kepada penduduk di lokasi yang diramal berlaku banjir berdasarka­n ramalan daripada agensi peneraju iaitu Jabatan Meteorolog­i serta Jabatan Pengairan dan Saliran melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia