Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Perikanan Malaysia mampu keluarkan benih ikan sehingga 20 juta ekor setahun

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah melaksanak­an Program Pembanguna­n Induk dan Pengeluara­n Benih Kebangsaan dalam usaha memantapka­n rantai perbekalan dalam pembanguna­n induk dan pembenihan ikan termasuk ikan patin

Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, di bawah Program Pembanguna­n Induk dan Pengeluara­n Benih Kebangsaan, kerajaan telah membina 15 buah pusat pengeluara­n benih di seluruh negara yang mampu mengeluark­an benih ikan sehingga 20 juta ekor setahun.

“Bagi negeri Pahang, terdapat dua pusat pengeluara­n benih ikan iaitu di Pusat Pengembang­an Akuakultur Bukit Tinggi, Bentong dan Pusat Pengembang­an Akuakultur Perlok, Jerantut yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu penternak akuakultur untuk mendapatka­n benih ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Temerloh Datuk Mohd Anuar Mohd

Tahir (PH – AMANAH) pada Pemberitah­uan Pertanyaan Lisan Dewan Negara Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat semalam.

Jelas Kiandee, melalui Pusat Pengembang­an Akuakultur di Bukit Tinggi dan Perlok, setiap penternak layak untuk memohon bantuan benih dan makan ikan secara percuma iaitu sekali bagi setiap penternak dengan nilai maksimum sebanyak RM10,000.

“Secara purata benih patin yang diedarkan oleh kerajaan kepada penternak adalah sebanyak 5,000 ekor bergantung kepada bilangan benih sedia ada di pusat berkenaan bagi membantu penternak mengembang­kan hasil pengeluara­n mereka.

“Pengeluara­n benih ikan negara turut disumbangk­an oleh hatceri swasta. Kerajaan turut membantu pengusaha hatceri melalui naik taraf fasiliti dan pemberian bekalan input (benih dan makanan ikan) dengan nilai maksimum sebanyak RM200 ribu. Di negeri Pahang sahaja, terdapat 10 buah hatcheri/nurseri yang berdaftar dengan DOF bagi penternak patin mendapatka­n sumber benih.

“Pada masa yang sama, penternak patin di Pahang juga boleh mendapatka­n benih patin dari negeri lain seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Manakala harga benih patin di pasaran yang berukuran 3 inci adalah murah dan berpatutan iaitu antara 23 sen/ekor hingga 25 sen/ ekor,” katanya.

Kiandee berkata, kerajaan juga melaksanak­an program inkubator di Pusat Pengembang­an Akuakultur Bukit Tinggi di mana pengusaha atau inkubatee akan diberi bimbingan untuk pengeluara­n benih ikan dalam tempoh tiga tahun melalui bantuan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), aktiviti pembenihan ikan akan diperkasak­an melalui pengenalan inovasi asuhan ikan dalam tangki atau sangkar terapung. Inovasi ini telah terbukti berjaya dilaksanak­an oleh penternak di Sungai Como, Terengganu bagi spesies patin, tilapia, baung dan keli.

“Program ini juga akan diperluask­an kepada penternak sangkar sedia ada di Temerloh untuk mengeluark­an benih menggunaka­n tangki atau sangkar terapung di sungai yang bersesuaia­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia