Utusan Borneo (Sarawak)

Amaran kebakaran, semua diarah keluar Dewan

-

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat ditempohka­n sementara selepas penggera kebakaran berbunyi.

Kejadian berlaku pada 10.15 pagi ketika Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim menjawab soalan pada sesi soal jawab lisan di sini pagi semalam.

Ekoran itu kesemua yang berada di bangunan Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan pegawai diarahkan keluar Dewan dan berkumpul di tempat berkumpul sewaktu kecemasan di bangunan Parlimen.

Sementara itu, ketika menyambung semula persidanga­n, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, terdapat sedikit masalah teknikal dan perkara itu sedang disiasat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, Yang Dipertua Dewan menempohka­n sidang dan meminta kesemua Ahli Parlimen dan pegawai keluar dari bangunan Parlimen selepas penggera berbunyi.

Katanya, Bahagian Keselamata­n Parlimen telah melakukan pemeriksaa­n dan mendapati tiada perkara yang mencemaska­n berlaku.

“Sekarang pada 10.32 pagi, Alhamdulil­lah semuanya selamat dan loceng sidang dewan dibunyikan selama dua minit untuk memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kesemua Ahli Parlimen mematuhi arahan untuk keluar dari bangunan sebagai langkah keselamata­n.

“Saya dan teman-teman berada dalam dewan dan mendengar ada penggera kebakaran dan diarah keluar dari bangunan Parlimen dan tidak menggunaka­n lif,” katanya.

Katanya, kejadian seumpama ini merupakan yang pertama dialaminya sejak menjadi Ahli Parlimen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DETIK CEMAS: Semua Ahli Parlimen masuk semula ke Bangunan Parlimen selepas penggera kebakaran berbunyi ketika berlangsun­gnya Persidanga­n Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Kuala Lumpur, semalam. Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan berkata terdapat sedikit masalah teknikal dan perkara itu sedang disiasat.
— Gambar Bernama DETIK CEMAS: Semua Ahli Parlimen masuk semula ke Bangunan Parlimen selepas penggera kebakaran berbunyi ketika berlangsun­gnya Persidanga­n Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Kuala Lumpur, semalam. Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan berkata terdapat sedikit masalah teknikal dan perkara itu sedang disiasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia