Utusan Borneo (Sarawak)

Haiti dicengkam kes culik

Rakyat panik apabila ada anggota polis terlibat

-

PORT-AU-PRINCE: Kakitangan di beberapa pusat penjagaan kesihatan Haiti mogok kelmarin bagi membantah penculikan seorang pelatih, dalam sebahagian daripada kemarahan umum yang tersebar meluas ketika kes penculikan di pulau tersebut meningkat mendadak.

Hans David Telemaque diculik awal pagi Sabtu di sebatang jalan raya berhampira­n Hospital Universiti Nasional Haiti (HUEH), di Port-au-Prince.

Mangsa bagaimanap­un dibebaskan pada petang Ahad selepas wang tebusan dengan satu jumlah yang tidak diketahui dibayar, lapor media tempatan.

“Semasa kamu keluar dari rumah, kami mempunyai keraguan mengenai sama ada kami akan pulang ke rumah atau tidak.

“Para ibu, bapa, pasangan, kita semua hidup dalam kebimbanga­n setiap hari dan berterusan,” menurut Bead Charlemagn­e Charlorin, pelatih HUEH yang menyertai bantahan kelmarin di jalan raya di Port-au-Prince.

Dalam solidariti terhadap tunjuk perasaan oleh pelatih di hospital utama di negara kepulauan ini, beberapa pusat penjagaan kesihatan telah menghentik­an semua aktiviti rawatan bukan kecemasan kelmarin.

“Setiap hari, sekurangku­rangnya empat kes penculikan diikuti dengan permintaan bagi wang tebusan telah direkodkan.

“Sebahagian ibu bapa jarang untuk membincang­kan perkara tersebut.

“Majoriti sanggup membayar wang tebusan bagi anak atau ahli keluarga untuk mendapatka­n mereka semula,” kata Marie Rosy August Ducena daripada National Human Rights Network.

Lebih-lebih lagi ketika ini penduduk di bandar utama Haiti berasa panik apabila ada anggota polis dituduh turut terlibat dalam penculikan.

“Beberapa mangsa menyatakan sebenarnya mereka dihampiri anggota polis sebelum diculik dalam kenderaan polis negara,” jelas Ducena.

“Kami percaya terpulang kepada inspektor jeneral polis untuk campur tangan, menyiasat dan menghukum semua anggota yang terlibat pada satu peringkat atau lain-lain dalam perancanga­n jenayah ini,” kata beliau.

Ketika dihubungi melalui panggilan telefon kelmarin, jurucakap polis negara menolak untuk menjawab soalan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia