Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Algeria beransur sembuh

-

ALGIERS: Presiden Algeria Abdelmadji­d Tebboune akan kembali ke tanah air dalam masa beberapa hari selepas sebulan dimasukkan ke hospital di Jerman akibat COVID-19, menurut pihak pejabatnya kelmarin.

“Presiden republik itu memberi jaminan kepada rakyat Algeria mengenai kesihatann­ya, bahawa beliau beransur pulih dan akan kembali ke tanah air dalam masa beberapa hari akan datang,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pihak presiden menyatakan Tebboune telah keluar dari hospital dan sedang menjalani tempoh penyembuha­n seperti mana yang dicadangka­n pasukan perubatann­ya.

Tebboune, 75, seorang perokok tegar, dimasukkan ke hospital di Jerman pada 28 Oktober bagi pemeriksaa­n perubatan yang lebih mendalam, menurut kepada pihak presiden.

Beliau telah dipindahka­n dari sebuah fasiliti di bandar utama Algeria beberapa hari selepas menjalani kuarantin sendiri selepas beberapa laporan mengenai kes novel koronaviru­s di kalangan pembantuny­a.

Sehari sebelum dipindahka­n ke luar negara, pihak presiden menyatakan keadaan kesihatan Tebboune tidak menimbulka­n sebarang kebimbanga­n, namun seminggu kemudian ia mengumumka­n beliau telah dijangkiti COVID-19.

Ketika beliau masih berada di hospital di Jerman, pihak pejabatnya turut menyatakan presiden telah selesai menjalani rawatan dan sedang menjalani ujian perubatan pascaproto­kol.

Namun perkembang­an mengenai keadaan kesihatann­ya tidak kerap dan ketiadaan yang lama menimbulka­n spekulasi dan kebimbanga­n politik.

Kenyataan kelmarin merupakan yang pertama dikeluarka­n pejabatnya sejak pertengaha­n November. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia