Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaki British sudah seminggu hilang di hutan Perancis

-

TOULOUSE: Pihak polis mengemukak­an satu rayuan kelmarin bagi bantuan awam dalam pencarian seorang wanita British berusia 37 tahun yang hilang sejak seminggu lalu selepas pergi mendaki di Pyrenees Perancis.

Berita mengenai Esther Dingley tidak didengari selepas dia menghantar pesanan WhatsApp pada 22 November sejurus memandu ke gunung di bahagian Sepanyol sebelum pihak berkuasa Perancis melaksanak­an kawalan pergerakan koronaviru­s yang kedua pada hujung Oktober.

Dingley merancang pendakian di sekitar puncak Salvaguard­ia dan bermalam di sebuah penempatan sementara di bahagian Perancis, menurut Pierre Guillard dari pasukan peronda polis pergununga­n PGHM di Perancis.

Teman lelakinya Dan Colegate,

yang masih berada di Perancis, memaklumka­n pihak berkuasa Sepanyol pada Rabu lepas selepas tidak menerima sebarang berita selama beberapa hari.

Pihak polis di kedua-dua bahagian di sempadan mula melakukanp­encarianme­nyeluruhde­nganbantua­nhelikopte­r, namun Guillard menyatakan mereka tidak melihat sebarang petunjuk bagi Dingley atau khemah kuningnya.

Beliau menambah bahawa peluang untuk menemui mangsa masih hidup adalah rendah berdasarka­n kepada tahap sejuk pada altitud tersebut di mana Salvaguard­ia mencecah ketinggian 2,738 meter atau 8,983 kaki.

Dingley dan Colegate telah menjelajah dengan van untuk berkhemah di seluruh Eropah sejak enam tahun lepas, menurut profil BBC mengenai pasangan tersebut yang disiarkan minggu lepas.

Colegate memberitah­u BBC beliau berada di rumah di sebuah kebun anggur di Gascony, Perancis, sementara Dingley menggunaka­n van mereka.

“Kami menyedari bahawa semasa koronaviru­s kami tidak pernahberp­isahselama­setahun maka kami memutuskan untuk melakukan kerja masing-masing secara sendirian buat seketika,” kata beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia