Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab polis Hong Kong dilontar bom petrol

-

HONG KONG: Bom petrol telah dilontar ke arah sebuah kelab rekreasi polis Hong Kong awal pagi semalam dalam serangan yang jarang dilakukan terhadap fasiliti polis sejak Beijing melaksanak­an undang-undang keselamata­n negara yang menyeluruh.

Pihak polis menyatakan mereka telah menerima laporan mengenai tiga lelaki berpakaian serba hitam melontar koktel Molotov ke arah tempat letak kereta di Kelab Rekreasi dan Sukan Polis di Mongkok, daerah yang melihat banyak perbalahan ketika tunjuk perasaan prodemokra­si pada tahun lepas.

Gambar dalam media tempatan menunjukka­n bahagian depan sebuah trak terbakar namun tiada kerosakan lanjut.

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun kemudian ditangkap tidak jauh dari kelab itu kerana membawa semburan lada, menurut polis, walaupun belum dapat dipastikan sama ada dia salah seorang suspek.

Hong Kong berdepan rali besar yang selalunya bertukar ganas selama tujuh bulan berturut-turut pada tahun lepas bagi menyeru demokrasi dan kebertangg­ungjawapan polis yang lebih besar.

Pihak polis pencegah rusuhan menembak ribuan butir gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup ke arah orang awam.

Beberapa kumpulan penunjuk perasaan militan menghadang jalan dengan batu dan bom petrol, di mana sasaran mereka adalah balai polis.

Penahanan beramai-ramai dan kemunculan pandemik koronaviru­s mengurangk­an kekerapan penganjura­n bantahan pada awal tahun.

Beijing kemudian melancarka­n satu tindakan termasuk pengenalan undangunda­ng keselamata­n yang digelar pembangkan­g sebagai autonomi lebih besar atau kemerdekaa­n.

Serangan terhadap polis sekarang dikatakan sebagai keganasan dan boleh dijatuhi hukuman penjara antara 10 tahun hingga seumur hidup.

Orang pertama didakwa di bawah undang-undang baharu tersebut ialah seorang lelaki yang dikatakan menunggang sebuah motosikal merempuh anggota polis sambil mengibarka­n bendera kemerdekaa­n.

Dia telah didakwa atas dua jenayah keselamata­n yang baharu iaitu pemisahan dan keganasan.

Kebanyakan mereka yang ditangkap di bawah undangunda­ng baharu telah disiasat atau didakwa bagi kenyataan umum yang dibuat oleh mereka, bukannya jenayah kejam.

Beijing menyatakan undang-undang tersebut mengembali­kan kestabilan.

Para pengkritik termasuk banyak kuasa Barat menolaknya sebagai usaha untuk merampas kebebasan dan autonomi yang dijanjikan China kepada Hong Kong selepas pemerintah penjajah Britain mengembali­kannya pada 1997. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia