Utusan Borneo (Sarawak)

‘Queen’s Gambit’ diterima, catat tontonan yang tinggi di Netflix

- Oleh Andrew Beatty

SIRI mini popular ‘The Queen’s Gambit’ telah menarik minat yang semakin tinggi kepada catur, dengan satu laman sesawang popular yang mencatatka­n jutaan pemain baharu dan akademi melaporkan permintaan yang luar biasa.

Netflix berkata program itu, yang menceritak­an tentang karier seorang prodigi kanak-kanak perempuan fiksyen yang bergolak pada tahun 1950-an dan 1960-an, telah menjadi program ditonton paling ramai bagi saluran itu dan kini program ranking nombor satu di 63 buah negara.

Laman permainan Chess.com berkata, siri itu telah mendorong minat demi minat, yang sudah pun didorong oleh pandemik dan pemain catur utama yang muncul dalam pelantar permainan Twitch, dengan pendaftara­n harian baharu yang meningkat sebanyak 400 peratus.

“Sejak ‘The Queen’s Gambit’ ditayangka­n, kita telah menyaksika­n penyertaan kira-kira 2.5 juta ahli baharu,” kata Nick Barton dari laman sesawang itu kepada AFP.

“Hampir setiap hari pada November, kita telah mencipta rekod syarikat baharu bagi jumlah paling ramai ahli yang ikut serta.”

Di seluruh dunia, Google melaporkan carian bagi ‘catur’ pada tahap tertinggin­ya dalam tempoh 14 tahun.

Ia hanyalah lonjakan populariti terbaharu bagi satu permainan yang dipercayai berasal dari India pada abad ketujuh dan pernah dimainkan, dan dari semasa ke semasa diharamkan, oleh raja-raja purba di Eropah, sebelum ia menjadi lebih tetap pada hujung tahun 1800-an.

Pada zaman moden, catur menyaksika­n kebangkita­n sewaktu Perang Dingin.

Tempoh itu menjadi latar belakang bagi ‘The Queen’s Gambit’, dan cerita mengenai seorang pemuda Amerika yang menentang seorang pakar catur yang licik dari Soviet telah memberi inspirasi kepada generasi pemain baharu.

“Terdapat peningkata­n yang amat besar di kalangan orang dewasa yang berminat,” menurut guru catur dan pengarah Akademi Catur Sydney, Brett Tindall, yang menganggap­nya “luar biasa”.

Tindall memberitah­u AFP dia telah menerima panggilan dari 40-50 orang dewasa yang mahu belajar sejak beberapa minggu lepas, dan apabila dia membawa kelengkapa­n dengan jenama akademi, dia melaporkan bahawa dia dihentikan di tengah jalan dan ditanya pendapatny­a tentang siri berkenaan.

- Lebih ramai wanita bermain -

Ketika melawat sekolah guru yang biasanya acuh tak acuh telah bersusah payah untuk datang kepadanya, dan ada pelajar yang turut menonton, walaupun siri itu memaparkan penyalahgu­naan dadah dan arak yang serius.

“Saya berada di sekolah pagi tadi, dan beberapa orang budak bercakap mengenainy­a, dan saya kata ‘saya berpendapa­t anda sebenarnya tidak patut menonton program ini’,” katanya.

Barton dari Chess.com berkata fokus program itu kepada watak wanita utama Beth Harmin, lakonan Anya TaylorJoy, telah mendorong lebih ramai wanita untuk mendaftar diri berbanding sebelum ini.

Mereka kini juga meluangkan lebih banyak masa dalam laman tersebut berbanding lelaki.

“Program ini benarbenar membantu untuk meningkatk­an nilai ingin tahu dan pendatang baharu tertarik kepada permainan itu,” kata Vijay Deshpande, setiausaha Persekutua­n Catur Seluruh India, kepada AFP.

“Kita ada ramai pemain catur yang bagus di negara ini dan jumlah mereka semakin meningkat sewaktu sekatan pergerakan. Orang muda terikat kepada teknologi dan mereka tertarik kepada catur dalam talian.”

Guru catur dan bekas juara AS Jennifer Shahade menyatakan dia “amat menyukai” siri itu dan telah diburu orang yang meminta ajaran atau tip daripadany­a.

“Sejujurnya saya takjub dengan semua perhatian positif yang diberikan kepada catur sekarang. Orang memahami kami dengan cara yang tidak pernah sebelum ini,” katanya dalam satu podcast baru-baru ini.

“Catur adalah sesuatu yang orang perlukan sekarang, renungan, pelarian yang menyenangk­an ke dalam dunia 64 kotak segi empat yang kecil,” katanya.

Menurut Tindall, minat itu melangkaui permainan tersebut.

Latar belakang siri itu yang mewah, keadaan pada waktu Perang Dingin, dan peralatan catur lama seakan-akan menarik imaginasi orang ramai.

“Kami menjual banyak jensi jam (catur). Saya ada banyak jam stail lama dan baru-baru ini orang mahu mendapatka­n jam dari siri itu … saya tidak bergurau,” kataTindal­l.

“Sebelum ini kami hanya cuba menghabisk­annya. Ia sebenarnya tidak digunakan lagi dalam pertanding­an. Kami menggunaka­n jam digital.”

Kebanyakan pengulas catur telah memberikan markah tinggi kepada siri itu bagi keaslian - mungkin tidak mengejutka­n, memandangk­an mahaguru dari Rusia Garry Kasparov dan penulis catur AS Bruce Pandolfini adalah perundingn­ya.

“Ia adalah perkara terbaik yang pernah saya lihat tentang catur,” kata mahaguru Perancis Anthony Wirig dalam satu acara dalam talian tentang siri itu.

Tajuk “Queen’s Gambit” merujuk kepada ruang popular yang memberikan bidik putih sebagai umpan kepada bidik hitam, yang boleh menerima atau menolak.

Mahaguru dari Australia Ian Rogers berkata, watak utama Beth Harmon menyerupai prodigi AS Bobby Fischer, yang turut menentang seorang lawan yang hebat dari Soviet.

Perlawanan Fischer yang berbaur politik menentang Boris Spassky dari USSR ditonton oleh jutaan menerusi televisyen.

“Bagaimanap­un, masalah Harmon dengan pil dan arak adalah masalahnya sendiri,” kata Rogers kepada akhbar Sydney Morning Herald.

“Sekarang Harmon pasti akan diharamkan oleh pemeriksa dadah WADA lama sebelum dia sampai ke tempat teratas.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia