Utusan Borneo (Sarawak)

Artikel memfitnah: Mat Sabu saman Harakahdai­ly

-

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap seorang kolumnis dan ketua pengarang Harakah serta satu pihak lagi berhubung dakwaan menerbitka­n artikel berunsur fitnah di laman sesawang Harakahdai­ly, September lepas.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners pada 28 Oktober lepas di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan kolumnis Roslan Shahir Mohd Shahir, Ketua Pengarang Wan Nordin Wan Yaacob dan penerbit laman sesawang itu yang juga akhbar cetak Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof pada 7 Januari depan.

Dalam penyataan tuntutanny­a, Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa pada 14 September lepas, kesemua defendan telah bersama dan berasingan menjatuhka­n maruah, mengaibkan atau memfitnahn­ya dengan menulis serta menerbitka­n kata-kata fitnah terhadapny­a di laman sesawang Harakahdai­ly menerusi artikel bertajuk “Husam: PAN Parti Diktator”.

Ahli Parlimen Kota Raja itu mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang diktator, menyalahgu­nakan jawatan dan kedudukann­ya sebagai seorang presiden parti selain mendakwa plaintif seorang presiden yang hanya mengikut arahan dan telunjuk parti DAP.

Plaintif mendakwa katakata fitnah yang ditulis oleh defendan pertama (Roslan Shahir) menjadi sumber kepada defendan kedua (Wan

Nordin) untuk melaporkan dan membenarka­n artikel berkenaan diterbitka­n di laman sesawang Harakahdai­ly.

Mohamad mendakwa katakata fitnah itu hanya tuduhan melulu yang berniat jahat (eng: mala fide) terhadapny­a bertujuan untuk menjatuhka­n dan merendahka­n maruah serta kredibilit­i plaintif yang mempunyai imej, reputasi dan integriti yang baik.

“Laman sesawang Harakahdai­ly

adalah laman potral media yang cenderung kepada parti PAS iaitu parti yang menjadi salah satu tunjang utama kepada pemerintah­an di negara ini. Oleh itu, defendan-defendan mempunyai potensi untuk mendatangk­an keuntungan politik kepada PAS sekaligus membawa orang ramai membenci plaintif sebagai seorang pemimpin parti AMANAH,” katanya di dalam penyataan tuntutan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia