Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberian vaksin pneumokoka­l di semua Klinik Kesihatan KKM

Bakal memanfaatk­an 500,000 kanak-kanak di negara ini setiap tahun

-

RAUB: Pemberian vaksin pneumokoka­l di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak semalam, di semua Klinik Kesihatan Kementeria­n Kesihatan (KKM) seluruh negara, dengan jangkaan bakal memanfaatk­an 500,000 kanakkanak setiap tahun.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kanakkanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya layak menerima suntikan vaksin itu yang akan diberikan sebanyak tiga dos iaitu dua dos primer pada usia empat bulan dan enam bulan diikuti dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Sementara bagi kanakkanak yang lahir dalam tempoh sama dan telah berumur lima bulan atau lebih, atau mereka yang terlewat menerima vaksin itu akibat pandemik wabak COVID-19, jadualimun­isasipneum­okokal akan disesuaika­n mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.

“Pemberian vaksin pneumokoka­l adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokoku­s dan secara tidak langsung mengurangk­an kerintanga­n terhadap antibiotik. Vaksin ini juga adalah selamat dan berkesan.

“Pemberian vaksin ini sangat penting dan bertepatan dengan keadaan semasa ekoran bilangan kanakkanak menghidap penyakit pneumokoka­l meningkat iaitu 17,446 kes pada 2017 kepada 19,773 kes pada tahun lepas,” katanya selepas melancarka­n Program Imu

nisasi Pneumokoka­l Untuk Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Kawalan Penyakit KKM Datuk Dr Norhayati Rusli, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kesihatan negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Kesihatan Pahang

Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah.

Pemberian vaksin itu adalah bertujuan menghalang jangkitan bakteria streptococ­cus pneumoniae atau pneumokoku­s, yang boleh menyebabka­n penyakit seperti radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemi­a).

“Komplikasi penyakit pneumokoka­l termasuk cacat pendengara­n, kecacatan otak dan kematian. Kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah golongan yang paling berisiko tinggi dijangkiti dan mengalami komplikasi penyakit ini. Selain mengurangk­an kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit berkaitan, pemberian vaksi ini juga dapat mengurangk­an kos rawatan,” katanya.

Dr Adham juga berkata KKM sentiasa memastikan vaksin yang digunakan adalah berkesan dan selamat, namun ibu bapa diminta melaporkan kesan sampingan vaksin berkenaan, jika ada, kepada anggota kesihatan atau melaporkan­nya melalui laman sesawang npra.gov.my.

KKM juga akan menyediaka­n vaksin berkenaan melalui pasukan bergerak Orang Asli, perkhidmat­an bas bergerak, bot bergerak dan perkhidmat­an doktor udara bagi penduduk pendalaman dan jauh daripada kemudahan kesihatan.

Sementara itu, Rusnaini Ishak,37, yang ditemui selepas membawa anaknya Hazim Syafi Hashazurai­my berusia lapan bulan menerima vaksin berkenaan berkata setiap ibu wajar mengambil langkah pencegahan penyakit kepada anak-anak mereka.

“Saya memang ambil berat mengenai suntikan vaksin ini kerana sedar ia sangat penting untuk mencegah anak daripada penyakit yang tidak diingini,” katanya. — Bernama

“Pemberian vaksin pneumokoka­l adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokoku­s dan secara tidak langsung mengurangk­an kerintanga­n terhadap antibiotik. Vaksin ini juga adalah selamat ” dan berkesan.

Datuk Seri Dr Adham Baba Menteri Kesihatan

 ?? Bernama
— Gambar ?? BAYI PERTAMA PNEUMOKOKA­L: Dr Adham melihat bayi pertama Malaysia adik Hazim Syafi Hashazurai­my, 1, menerima suntikan vaksin Pneumokoka­l pada majlis Pelancaran Program Imunisasi Pneumokoka­l Untuk Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub, Raub semalam.
Bernama — Gambar BAYI PERTAMA PNEUMOKOKA­L: Dr Adham melihat bayi pertama Malaysia adik Hazim Syafi Hashazurai­my, 1, menerima suntikan vaksin Pneumokoka­l pada majlis Pelancaran Program Imunisasi Pneumokoka­l Untuk Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub, Raub semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia