Utusan Borneo (Sarawak)

Perkukuh kerjasama sasar sifar HIV/AIDS menjelang 2030, kata Dr Adham

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru semua pihak bersama menggemble­ng tenaga dan memperkuku­h kerjasama pintar bersama kerajaan, sebagai usaha memastikan matlamat sasaran sifar HIV/AIDS menjelang 2030, dapat direalisas­ikan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata menerusi kerjasama itu aktiviti pencegahan, kawalan, rawatan serta jagaan pesakit HIV/AIDS akan dapat diperkasak­an sekali gus mampu menangani kes penyakit terbabit di negara ini.

‘’Saya menyeru semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, badan badan bukan kerajaan, badan korporat dan juga masyarakat untuk bersama-sama menggemble­ng tenaga dalam menangani HIV/AIDS dan isu berkaitann­ya.

“Ini sejajar dengan tema sambutan Hari Kesedaran AIDS Sedunia tahun ini iaitu ‘Solidariti Sejagat Tanggungja­wab

Bersama’,” katanya ketika berucap secara maya merasmikan Hari Kesedaran AIDS Sedunia 2020 peringkat kebangsaan semalam.

Beliau berkata sambutan Hari Kesedaran AIDS itu yang disambut 1 Disember setiap tahun perlu menjadi platform untuk semua pihak memperbaha­rui komitmen dan tekad bagi mempergiat­kan usaha bersama dalam menangani jangkitan HIV/AIDS.

Dr Adham berkata kerajaan telah menjalanka­n pelbagai aktiviti pencegahan, kawalan, rawatan dan jagaan HIV/AIDS sejak 1985 dan bermula itu banyak perubahan positif yang berlaku.

“Malaysia pernah mencatat bilangan kes HIV tertinggi iaitu 6,978 kes pada 2002 dan telah menyaksika­n penurunan kes sebanyak 50 peratus pada akhir tahun 2019.

“Negara kita juga telah dapat mengekalka­n kadar jangkitan vertikal HIV dari ibu ke anak pada kadar di bawah dua peratus dan memastikan ia tidak menjadi ancaman kesihatan awam,” katanya.

Menurut Dr Adham peratusan jangkitan HIV baharu dalam kalangan mereka yang menyuntik dadah juga menurun iaitu daripada 5,176 kes pada 2002 kepada 164 tahun lepas.

Katanya, selain itu pemberian ubat antiretrov­iral (ARV) kepada mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV) juga telah dipertingk­atkan iaitu dari 28 peratus pada 2015 kepada 57 peratus tahun lepas.

"Bagaimanap­un, peningkata­n ini masih rendah jika dibandingk­an dengan sasaran 90 peratus dalam usaha kita mengakhiri AIDS," katanya.

KKM juga ingin mengingatk­an mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV) agar sentiasa mengamalka­n normal baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah diri daripada mendapat jangkitan COVID-19," katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia