Utusan Borneo (Sarawak)

Fulham sentak Leicester 2-1 sekaligus melangkah keluar dari zon penyingkir­an

Skuad bimbingan Parker raih kemenangan kedua mereka dalam liga musim ini susulan gol pembukaan Lookman minit ke-30 dan penalti Ivan Cavaleiro lapan minit kemudian

-

LONDON: Fulham melangkah keluar dari zon penyingkir­an Liga Perdana Inggeris pada Isnin selepas akhirnya menyelesai­kan badi penalti mereka ketika mencipta kemenangan mengejut 2-1 di Leicester City sementara West Ham bernasib baik untuk melonjak ke tangga kelima selepas menewaskan Aston Villa 2-1.

Fulham, yang dibimbing Scott Parker, meraih kemenangan kedua mereka dalam liga musim ini selepas gol pembukaan Ademola Lookman pada minit ke-30 dan penalti Ivan Cavaleiro lapan minit kemudian.

Fulham gagal menyempurn­akan tiga dari empat penalti mereka musim ini tetapi Cavaleiro mengawal debaran untuk menyempurn­akan gol kedua yang akhirnya menjadi gol kemenangan.

Harvey Barnes merapatkan kedudukan buat Leicester pada minit ke-86 tetapi Fulham berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk berada satu mata di atas zon penyingkir­an.

“Cav tergelinci­r minggu lepas dan saya tidak mempunyai Twitter atau Instagram tetapi saya boleh membayangk­an apa yang diperkatak­an, sindiran dan gurauan tentang kegagalann­ya dan Cav boleh membayangk­annya,” kata Parker ketika merujuk kegagalan Cavaleiro menyempurn­akan penalti ketika menentang Everton.

“Saya berkata kepada beliau: ‘Adakah kami bersedia mengambil penalti sekali lagi?’ Beliau melihat saya dengan serius dan berkata: ‘Saya bersedia’.

“Keberanian untuk membuat keputusan seperti ini adalah apa yang kami perlukan. Tiada keraguan bahawa ia satu kelegaan besar. Saya sudah bercakap kepada

Pengurus Fulham

mereka tentang tidak membiarkan kekalahan melemahkan semangat kami.”

Ia adalah kemenangan penuh emosi untuk Fulham, dengan Lookman meraikan gol dengan menunjukka­n salah satu jersi Senegal miliki Papa Bouba Diop selepas bekas pemain Fulham itu meninggal dunia pada usia 42 tahun pada hujung minggu lepas.

“Ia adalah satu keputusan yang kami buat sebagai sebuah kelab dan pemain juga gembira dengan keputusan ini. Bagi seseorang yang kehilangan nyawa di usia muda, ia sangat tragis,” kata Parker.

Leicester boleh melonjak ke tangga kedua liga jika menang tetapi sebaliknya, mereka kekal di tangga keempat – tiga mata di belakang pendahulu liga, Tottenham – selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam liga.

Di Stadium London, West Ham United meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas penyerang Villa, Ollie Watkins gagal menyempurn­akan penalti lewat dan kemudian menyaksika­n gol penyamaan pada minit kecederaan tidak dibenarkan oleh panel video bantuan pengadil (VAR).

West Ham bermula garang apabila Angelo Ogbonna membuka jaringan pada minit kedua.

Villa berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-25 menerusi jaringan Jack Grealish tetapi West Ham kembali di hadapan pada minit ke-46 selepas pertukaran pemain oleh pengurusny­a, David Moyes.

Moyes memasukkan Said Benrahma pada masa rehat dan sentuhan pertama Benrahma kepada Jarrod Bowen

menghasilk­an gol kedua West

Ham.

Pemain sayap Villa, Trezeguet, memperoleh­i penalti pada minit ke-74 tetapi Watkins, yang beraksi memberangs­angkan musim ini, melihat rembatanny­a terkena palang.

West Ham sekali lagi bernasib baik apabila Watkins melihat gol beliau pada minit kecederaan tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

“Kami bernasib baik dalam beberapa keputusan. Saya fikir kami boleh bermain lebih bagus lagi tetapi saya akan menerima keputusan malam ini,” kata Moyes.

Pengurus Villa, Dean Smith, dengan rasa kecewa menambah: “Kami gagal menyempurn­akan penalti dan satu gol tidak dibenarkan kerana ofsaid yang sukar diterima.

“Satu-satusebabl­enganOllie Watkins (penyebab ofsaid) adalah kerana beliau dikasari. Beliau sama ada menjaringk­an atau diberikan penalti kedua.”

— AFP

Cav tergelinci­r minggu lepas dan saya tidak mempunyai Twitter atau Instagram tetapi saya boleh membayangk­an apa yang diperkatak­an, sindiran dan gurauan tentang

” kegagalann­ya dan Cav boleh membayangk­annya.

Scott Parker

 ??  ?? LOOKMAN
LOOKMAN
 ??  ?? KEKAL BERTENAGA: Barnes (dua kiri) bersaing dengan penyerang Fulham Bobby Decordova-Reid (dua kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Fulham di Stadium King Power, Leicester, England kelmarin.
KEKAL BERTENAGA: Barnes (dua kiri) bersaing dengan penyerang Fulham Bobby Decordova-Reid (dua kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Fulham di Stadium King Power, Leicester, England kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia