Utusan Borneo (Sarawak)

Spurs diundi menentang kelab bukan liga pada pusingan ketiga Piala FA

-

LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur, diundi menentang kelab bukan liga atau dari hierarki liga kelapan dalam bola sepak Inggeris, Marine pada undian pusingan ketiga Piala FA yang dibuat pada Isnin.

Kelab-kelab dari Liga Perdana mula menyertai kejohanan ini di pusingan ketiga dan Tottenham mendapat undian yang pasti menarik perhatian ramai peminat bola sepak.

Marine, kelab, menjadi kelab kedua dari divisyen kelapan untuk melangkah ke pusingan ketiga kejohanan selepas menewaskan HavantWate­rlooville pada masa tambahan Ahad lepas.

Ganjaran mereka ialah kunjungan ke Tottenham, yang kali terakhir memenangi Piala FA pada 1991 dan belum memenangi sebarang kejuaraan utama sejak memenangi Piala Liga Inggeris pada 2008. Jurulatih Marine, Neil Young, memberitah­u penyiaran BBC: “Ia undian yang hebat. Kami akan membuat perancanga­n sebaik yang kami mampu. “Biasanya apabila melibatkan pasukan (pengurus Tottenham) Jose (Mourinho), beliau akan menurunkan skuad yang kuat. Kami memenang i tujuh perlawanan untuk pertemuan ini dan ia satu ganjaran yang hebat.”

Kapten Marine, Niall Cummins, seorang penyokong kepada musuh Tottenham di utara London, Arsenal, menambah: “Saya tidak tahu di mana hendak bermula. Saya fikir kami secara rasmi pasukan dari liga paling bawah yang masih bersaing dan menilai dengan kedudukan dalam Liga Perdana ketika ini, mereka adalah pasukan paling sukar yang boleh diundi menentang kami.

“Ia sememangny­a sukar untuk dipercayai. Saya memeriksa telefon saya buat kali kedua selepas undian dibuat dan ia menyebabka­n saya tergamam seketika.”

Kelab Liga Kebangsaan Utara, Chorley, akan menentang Derby di tempat sendiri dan Stockport dari Liga Kebangsaan, juga mendapat kelebihan bermain di gelanggang sendiri menentang kelab Liga Perdana, West Ham United.

Juara bertahan, Arsenal diundi menentang Newcastle United di Stadium Emirates dan satu lagi pertemuan dua kelab Liga Perdana menyaksika­n Aston Villa menentang Liverpool di Villa Park.

Satu lagi kelab dari divisyen lapan, Canvey Island, menentang kelab divisyen lima, Boreham Wood untuk menempah pertemuan menentang kelab Liga Kejuaraan, Millwall.

Kelab Liga Dua, Crawley, diundi menentang Leeds United di tempat sendiri dan Bristol Rovers diundi menentang Sheffield United.

Finalis musim lepas, Chelsea, akan menentang kelab Liga Dua, Morecambe di Stamford Bridge sementara juara pad 2019, Manchester City, akan menanti kunjungan Birmingham sementara Manchester United akan menentang Watford di Old Trafford. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia