Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico mengharapk­an Suarez dapat beraksi menentang Bayern

-

MADRID: Diego Simeone berkata pada Isnin bahawa beliau masih menunggu berita pemulihan Luis Suarez dari jangkitan koronaviru­s (COVID-19) ketika kelabnya, Atletico Madrid membuat persediaan menanti kunjungan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara.

Bayern membelasah Atletico 4-0 di Munich pada bulan Oktober tetapi bertandang ke Madrid untuk perlawanan ini tanpa beberapa pemain bintang seperti penyerang Robert Lewandowsk­i selepas sudah mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua kejohanan.

Simeone bagaimanap­un gelisah sama ada Suarez sudah bebas dari COVID-19 untuk diturunkan dan menambah masih menunggu kemaskini dari pasukan perubatan kelab.

“Virus ini pelik, mungkin esok beliau (diuji) negatif dan berada dalam keadaan yang cergas, beliau menjalani latihan bersendiri­an dan kita akan tunggu apa yang akan berlaku,” kata Simeone.

“Saya bercakap dengan beliau semalam. Beliau mahu berada dalam pasukan tetapi apa yang paling penting ialah beliau sihat dan kembali ke sedia kala. Jika beliau tidak dapat bermain, maka beliau akan bermain pada Sabtu ini (menentang Real Valladolid).”

Kempen Atletico dalam Liga Juara-Juara masih seimbang, dengan kelab berada di tangga kedua La Liga Sepanyol tetapi ketinggala­n tujuh mata di belakang Bayern dan Lokomotiv Moscow kurang dua mata di belakang mereka di tangga ketiga.

Lokomotiv Moscow dijangka menang pada perlawanan menentang pasukan tercorot kumpulan, Salzburg dan boleh menduduki tangga kedua sebelum perlawanan di Madrid.

Bayern akan beraksi tanpa

Lewandowsk­i, kapten pasukan Manuel Neuer dan dua pemain tengah, Leon Goretzka dan Corentin Tolisso, kata jurulatih Bayern, Hansi Flick.

Flick berkata Tolisso belum cergas sepenuhnya perlawanan menentang ATletico tetapi mungkin dapat diturunkan menentang RB Leipzig pada hujung minggu ini sementara Alexander Nubel akan diturunkan menggantik­an Neuer di pintu gol.

Bayern belum tewas dalam Liga Juara-Juara sejak Mac 2019 dan sudah menang 15 perlawanan terakhir mereka dalam pertanding­an ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia