Utusan Borneo (Sarawak)

‘MYSS Youth Stay At Home Esports Xtive Challenge’ pada 4 hingga 27 Disember ini

-

KUCHING: Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak (MYSS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) menganjurk­an ‘MYSS Youth Stay At Home Esports Xtive Challenge’ secara atas talian mulai 4 hingga 27 Disember ini.

Menurut SESA, pertanding­an E-Sukan itu diadakan sempena sambutan Hari Belia Sarawak diraikan pada 5 Disember ini.

“Pertanding­an E-Sukan ini terbuka khas untuk belia-belia di Negeri Sarawak berumur 40 tahun ke bawah.

“Tema dipertandi­ngkan adalah PUBG Mobile (squad mode) dan dijangka disertai seramai 1,200 kalangan belia atau 240 pasukan,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

SESA berkata, konsep pertanding­an kali ini agak berbeza dengan menyaksika­n penganjur membahagik­an perlawanan kepada tiga litar (circuit).

“Pasukan terbaik daripada setiap circuit mara ke peringkat akhir pada 25 hingga 27 Disember ini,” katanya.

Pemenang peringkat akhir bakal meraih wang tunai dan berpeluang mewakili Sarawak pada kejohanan E-Sukan terpilih tahun hadapan.

“Borang pendaftara­n boleh didapati melalui pautan Google Form disiarkan di Facebook Sarawak Esports Associatio­n pada 2 Disember ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi +6019 4514529 (Adi) atau di pautan Discord Kaunter Pertanyaan SESA https://discord.gg/uHn6dB96pR

Penganjura­n kali ini diselitkan dengan program Esports Webinar bagi memberi pendedahan peluang boleh diceburi belia-belia dalam industri e-sports dan mengenai ‘healthy gaming’.

Program tambahan itu disampaika­n oleh beberapa orang panel mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang e-sports.

 ??  ?? JOM SERTAI: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukka­n poster Kejohanan MYSS Youth Stay At Home eSports XTive Challenge 2020.
JOM SERTAI: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukka­n poster Kejohanan MYSS Youth Stay At Home eSports XTive Challenge 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia