Utusan Borneo (Sarawak)

VISI DAN MISI LEBIH GEMILANG LIGA-M

Saingan Liga Malaysia 2021 dilancarka­n di sebalik pandemik COVID-19 dengan harapan baharu menuju era kegemilang­an

-

Kita perlu fokus mengenai COVID-19 di samping memastikan kelangsung­an industri bola sepak tempatan dijalankan seperti kata Menteri Belia dan Sukan selepas ini kita akan cuba bawa secepat mungkin penyokong ke stadium secara

” beransur-ansur.

PUTRAJAYA: Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 yang dijadual bermula pada 5 Mac, dilancarka­n secara rasmi semalam dengan harapan baharu serta visi dan misi lebih gemilang demi kemampanan industri bola sepak negara.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata matlamat utama ialah memastikan kelangsung­an industri sukan nombor satu negara itu di sebalik penguatkua­saan Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih ketat dalam usaha berterusan mengekang penularan COVID-19.

Beliau turut berharap perjalanan Liga-M musim ini berjaya disempurna­kan seperti dirancang selain dapat menarik masuk lebih banyak penajaan sekali gus memanfaatk­an pasukan bertanding yang tidak terkecuali terkesan impak pandemik itu.

“Kita perlu fokus mengenai COVID-19 di samping memastikan kelangsung­an industri bola sepak tempatan dijalankan seperti kata Menteri Belia dan Sukan selepas ini kita akan cuba bawa secepat mungkin penyokong ke stadium secara beransuran­sur.

“Diharapkan juga saingan Liga Super dan Liga Premier diteruskan hingga ke Piala Malaysia dengan menjadi satu pertanding­an yang kom

Datuk Hamidin Mohd Amin

petitif sebagai menyiapkan pasukan kebangsaan pada Jun nanti,” katanya pada sidang media majlis pelancaran LigaM 2021 di sini semalam.

Majlis pelancaran dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican dalam ucapannya percaya dengan persiapan rapi dan pematuhan SOP ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM), Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan MFL, saingan Liga-M 2021 bakal menjanjika­n sesuatu yang luar biasa.

Katanya kebenaran khas untuk Liga-M berlangsun­g dan pasukan-pasukan untuk memulakan latihan atas dua dasar pertimbang­an iaitu kerajaan memahami keperluan serta kelangsung­an hidup semua yang terlibat dalam ekosistem bola sepak.

“...dan kedua, atas kepercayaa­n mereka (kerajaan) kepada disiplin komuniti sukan tanah air di mana keyakinan mereka kepada kita semua dalam industri bola sepak yang sangat berdisipli­n dan pasti akan mematuhi SOP telah ditetapkan,” kata Reezal Merican.

Musim Liga-M 2021 menyaksika­n 23 pasukan, iaitu 12 pasukan Liga Super dan 11 Liga Premier, merebut mahkota kejuaraan dan melibatkan keseluruha­n 242 perlawanan.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)

Kempen Liga-M akan membuka tirai dengan pertembung­an di antara juara Liga Super 2020 Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah

Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Reezal Merican (tengah) bergambar bersama Majlis Tertinggi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Liga Malaysia 2021 semalam. Turut hadir Hamidin (dua, kiri).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Reezal Merican (tengah) bergambar bersama Majlis Tertinggi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Liga Malaysia 2021 semalam. Turut hadir Hamidin (dua, kiri).
 ?? Bernama
— Gambar ?? BAHARU: Sulaiman (kiri) menunjukka­n jersi baharu pasukan Melaka United Football Club (MUFC) pada majlis pelancaran­nya, di Stadium Hang Jebat, kelmarin. Hadir sama Saiful.
Bernama — Gambar BAHARU: Sulaiman (kiri) menunjukka­n jersi baharu pasukan Melaka United Football Club (MUFC) pada majlis pelancaran­nya, di Stadium Hang Jebat, kelmarin. Hadir sama Saiful.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia