Utusan Borneo (Sarawak)

DIPENJARA LIMA TAHUN GARA-GARA MILIKI PARANG

-

Seorang lelaki bekerja sendiri dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang di tempat awam.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Moses Manju Verghese, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah dalam kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa memiliki parang yang merupakan senjata berbahaya pada 2 Julai 2019, jam 4 petang di perumahan di Taman Desa Wira, dekat sini.

Mengikut fakta kes, mangsa sedang memandu sebelum tertuduh memotong keretanya dari belakang sehingga menyebabka­n mangsa terpaksa memberhent­ikan kereta.

Tertuduh kemudianny­a keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah mangsa sambil mengatakan mangsa berhutang kepadanya.

Mangsa juga dikatakan diserang menggunaka­n parang tersebut.

Untuk perbuatan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Selain dituduh memiliki parang, tertuduh sebelum ini turut berhadapan pertuduhan mencederak­an mangsa lelaki berusia 39 tahun itu menggunaka­n senjata berkenaan dan didakwa mengikut Sekyen 326 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Theresa D Udam itu bagaimanap­un dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut tanpa perlu membela diri pada 27 Februari 2020 setelah pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ruthra Raj.

Dalam pada itu, tertuduh kini dilapor berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki dikenali sebagai Abang Hisalihin Bahthika yang mati di hadapan sebuah kedai berhampira­n Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa Fasa Dua di sini.

Mangsa yang berusia 37 tahun itu dijumpai terbaring di hadapan kedai terbabit dengan kesan tikaman di rusuk kiri sekitar jam 3.48 pagi pada 17 Februari 2020.

Kes bunuh tersebut bakal disebut semula di Mahkamah Tinggi di sini sekitar September depan di hadapan Hakim Dr Alwi Abdul Wahab dan tertuduh diwakili peguam Francis Teron bagi kes itu.

 ??  ?? KUCHING:
KUCHING:
 ??  ?? HUKUMAN: Moses (kiri) dipenjara lima tahun kerana
memiliki sebilah parang.
HUKUMAN: Moses (kiri) dipenjara lima tahun kerana memiliki sebilah parang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia