Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lelaki diberkas bersama rokok, minuman keras

1,500 karton rokok putih, 1,700 karton minuman keras dirampas pada Ops Libas di sekitar Kampung Sudat Ahad lalu

- Oleh Rusnan Mustafa

“Bertindak atas maklumat risikan, pasukan telah memeriksa di kawasan tersebut yang dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

SAC Mancha Ata "

Komander Briged Sarawak PGA

KUCHING: Lima lelaki dicekup bersama 1,500 karton rokok putih dan 1,700 karton minuman keras pelbagai jenis pada Ops Libas yang dijalankan di sekitar kawasan Kampung Sudat di sini, kelmarin.

Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Mancha Ata berkata, kelima-lima suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditangkap sekitar jam 7.45 pagi di lokasi tersebut.

“Bertindak atas maklumat risikan, pasukan telah memeriksa di kawasan tersebut yang dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

“Setelah diperiksa, kesemua lima suspek mengaku hanya sebagai pekerja dan hasil pemeriksaa­n lanjut kesemua suspek tidak dapat menyatakan dokumen sah pemilikan ke atas sejumlah barangan iaitu disyaki rokok seludup dan minuman keras yang disyaki tidak lulus cukai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, antara barang yang dirampas ialah rokok putih 1,500 karton (300,000 batang) dianggarka­n bernilai RM225,000 dan minuman keras pelbagai jenis 1,700 karton dianggarka­n bernilai RM311,199.55.

Tambah Mancha, turut dirampas dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dianggarka­n bernilai RM90,000, dua lori masing-masing dianggarka­n bernilai RM100,000 dan RM60,000.

“Jumlah keseluruha­n termasuk cukai dianggarka­n bernilai RM 741,199.55,” katanya.

Sehubungan itu tegasnya, kesemua suspek ditangkap di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Rampasan dan tangkapan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

 ??  ?? RAMPAS: Antara minuman keras yang dirampas disyaki diseludup.
RAMPAS: Antara minuman keras yang dirampas disyaki diseludup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia