Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sekawan lepas dan bebas tuduhan memiliki syabu

-

KUCHING: Tiga sekawan terlepas hukuman penjara apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas dan membebaska­n kesemua mereka daripada pertuduhan memiliki syabu, sekitar Jun tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menetapkan demikian terhadap remaja lelaki berusia 18 tahun serta dua pemuda, Anderson Alfred Ronson dan Joseph Nicholas William masingmasi­ng berusia 23 tahun, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama didakwa memiliki 32.17 gram syabu pada 21 Jun 2020, jam 5.30 petang di sebuah bilik di RPR Taman Sri Cahaya, Batu Kawa Tondong, Padawan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Dalam pada itu, Hakim Dayang ketika memberikan keputusann­ya mengenai kes ini berkata, pihak pendakwaan gagal membuktika­n inti pati pemilikan dadah terhadap kesemua tertuduh.

Mahkamah juga berpendapa­t bahawa rumah tempat dadah tersebut dijumpai boleh diakses oleh pelbagai pihak termasuk ahli keluarga, sanak-saudara dan rakanrakan yang selalu berkunjung ke rumah tersebut.

Semasa serbuan dibuat juga, pintu, pagar besi dan pintu utama rumah tersebut berada dalam keadaan tidak berkunci.

Sehubungan itu, mahkamah berpendapa­t terdapat keraguan munasabah dalam kes pihak pendakwaan dan adalah tidak selamat untuk memanggil kesemua tertuduh untuk membela diri.

Mahkamah seterusnya menetapkan kesemua tertuduh yang telah direman dari 21 Jun 2020 dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Seramai enam saksi pendakwaan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam kes ini.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruthra Raj manakala tertuduh diwakili peguam Osman Ibrahim dan Nursyaheeq­a Nazwa Radzali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia