Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberian vaksin fasa pertama petugas barisan hadapan, 6 Mac

-

MIRI: Pemberian vaksin fasa pertama kepada petugas barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan KKM di sini bermula 6 Mac ini, jam 3 petang di Dewan Eastwood dan Dewan Dato Permaisuri, Permyjaya.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang merupakan menteri bertanggun­gjawab bagi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berkata pemberian dua dos vaksin itu berselang 21 hari.

“Pemberian dos pertama dijangka 6 Mac ini dan dos kedua dijangka tamat pada minggu pertama April depan.

“Aktiviti pemberian vaksin kategori barisan hadapan dilaksanak­an serentak secara berjadual dan melalui temu janji di enam pusat pemberian vaksin (PPV) di bahagian Miri,” katanya di sini semalam.

Lee yang menghadiri mesyuarat menerusi aplikasi Zoom dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama jabatan dan agensi di bawah JPBB Miri berkata, sebanyak dua PPV dikhususka­n untuk petugas barisan hadapan kategori perubatan KKM iaitu Hospital Miri dan Hospital Marudi.

Katanya, sebanyak empat PPV lagi dikhususka­n untuk petugas barisan hadapan Kesihatan Awam KKM dan bukan KKM iaitu Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri di Permyjaya, Dewan Suarah Marudi dan Dewan Masyarakat Bekenu.

“Petugas-petugas PPV akan berada di PPV dari jam 8 pagi membuat persiapan dan persediaan secara harian di semua PPV disenaraik­an.

“Waktu pemberian vaksin dijadualka­n bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, dengan waktu rehat antara jam 1 petang hingga 2 petang,” kata Lee.

Beliau berkata setiap jabatan disenaraik­an sebagai petugas barisan hadapan menetapkan seorang pegawai penyelaras peringkat jabatan masingmasi­ng.

Senarai temu janji, lokasi PPV dan bilangan diberi vaksin setiap hari dimaklumka­n kepada pegawai penyelaras jabatan petugas barisan hadapan masing-masing.

“Pegawai penyelaras setiap jabatan petugas barisan hadapan dimohon bekerjasam­a rapat dengan ketua jabatan petugas barisan hadapan masing-masing untuk penyampaia­n maklumat dan penyelaras­an semasa aktiviti pemberian vaksin dilaksanak­an.

“Manakala tarikh tentatif aktiviti pemberian vaksinasi fasa kedua kepada masyarakat umum berisiko tinggi merangkumi warga emas, penyakit kronik dan sebagainya adalah tentatif pada April depan.

“KKM dan JPBNS akan memaklumka­n secara rasmi pada waktu terdekat,” jelasnya.

 ??  ?? MESYUARAT: Lee dan ahli-ahli JPBB Miri ketika mengadakan mesyuarat menggunaka­n aplikasi Zoom bersama JPBNS semalam.
MESYUARAT: Lee dan ahli-ahli JPBB Miri ketika mengadakan mesyuarat menggunaka­n aplikasi Zoom bersama JPBNS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia