Utusan Borneo (Sarawak)

Daerah Selangau kini bertukar kepada status Merah COVID-19

-

KUCHING: Daerah Selangau kini bertukar kepada status Merah setelah merekodkan sejumlah 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, daerah Tatau pula kembali kepada status Hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Kanowit, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,542 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya pada sidang media perkembang­an COVID-19 di Sarawak semalam

Uggah berkata daerah Julau, Subis, Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruha­n 179 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Sementara daerah Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Sarikei, Lundu, Saratok, Sebauh, Serian dan Belaga pula katanya, kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruha­n 90 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas manakala 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Dalam perkembang­an lain, Uggah memberitah­u bahawa Kluster Bedayan di daerah Serian diisytihar­kan tamat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

“Kluster ini diisytihar­kan tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan,” katanya sambil menambah, jumlah kluster yang masih aktif sebanyak 26 kluster. Daripada 26 kluster aktif tambahnya, enam kluster mempunyai penambahan kes semalam.

Beliau berkata Kluster Jalan Muhibbah, Betong merekodkan dua pertambaha­n kes menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 69 kes manakala Kluster Emperoh Jambu, Kuching (satu kes) menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 166 kes.

Kluster Sungai Bakong, Meradong melaporkan penambahan empat kes semalam menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 145 kes, Kluster Jalan Green, Kuching (tiga kes) menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 24 kes, kata Uggah.

Beliau menambah Kluster Gelong, Kapit mencatat penambahan lima kes semalam menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 184 kes dan Kluster Pasai, Sibu (dua kes) menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 2,666 kes.

Sub-Kluster Tangap, Subis); Kluster Buloh, Selangau; Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit; Kluster Geronggang, Sibu; Kluster Mas Merah, Sibu; Kluster Univista, Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching masing-masing tiada penambahan kes.

Turut tidak mencatatka­n penambahan adalah Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu; Kluster Bintang Daily, Meradong; Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Rakut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh dan Kluster Jelita, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia