Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong program Imuninasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan

- Oleh Yusop Teppo

LAHAD DATU: Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Tertinggi PPBM Haji Abdul Hakim Gulam Hassan mengajak seluruh rakyat khususnya di negeri ini supaya menyokong dan menjayakan Program Imuninasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, rakyat jangan mudah terpengaru­h dengan maklumat yang tidak tepat mengenai vaksin sebaliknya perlu merujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri.

“InsyaAllah semoga segala ikhtiar dan usaha akan diberkati. Kita hanya bertawakal kepada Allah SWT supaya kita semua dilindungi daripada penyakit COVID-19 termasuk Sabah amnya dan Lahad Datu khususnya akan terus kekal terpelihar­a,” katanya.

Ketua Bahagian PPBM Silam itu berkata, rakyat wajar menjadikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai contoh terbaik kerana menjadi pemimpin pertama yang menerima suntikan vaksin.

“Ini membuktika­n bahawa vaksin terbabit adalah benar-benar selamat untuk digunakan,” katanya.

Justeru, Abdul Hakim mengajak rakyat seharusnya bersama-sama mendukung usaha kerajaan itu dengan menjayakan Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan dengan mendaftark­an diri melalui aplikasi MySejahter­a.

Beliau turut menzahirka­n rasa syukur melihat vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di negara ini termasuk Sabah dan tidak terkecuali Lahad Datu yang sudah menerima vaksin itu pada Ahad.

“Sementara itu program imunisasi COVID-19 peringkat negeri ini akan bermula pada 4 Mac ini,” katanya.

Abdul Hakim berkata, ini merupakan satu langkah pencegahan melawan penularan COVID-19 yang tepat kerana suntikan vaksin COVID-19 akan memberi perlindung­an kepada rakyat daripada jangkitan wabak berkenaan.

Bagaimanap­un, beliau berkata, langkah pencegahan dan kawalan kesihatan awam mesti diteruskan dengan mengamalka­n norma baharu juga pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Sebelum ini, Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam juga telah memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

 ??  ?? ABDUL HAKIM
ABDUL HAKIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia