Utusan Borneo (Sarawak)

26,472 anggota TDM terima vaksin COVID-19

-

PORT DICKSON: Seramai 26,472 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada fasa pertama secara berperingk­at bermula 8 Mac ini, kata Panglima Tentera Darat Jen. Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata setakat ini, 28 anggota TDM di seluruh negara telah menerima suntikan dos pertama vaksin tersebut pada 26 Feb lepas.

“Pada Isnin depan, vaksinasi akan dijalankan secara menyeluruh melibatkan petugas barisan hadapan termasuk mereka bekerja dalam formasi, zon merah dan mengawal sempadan negara,” katanya kepada pemberita di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini semalam.

Zamrose yang telah menerima suntikan vaksin tersebut pada Jumaat lepas memaklumka­n dirinya berada dalam keadaan sihat dan mampu menjalanka­n tugas dengan baik.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24 Februari dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani proses vaksinasi terawal bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas barisan hadapan.

Terdahulu, Zamrose ketika berucap bersempena Sambutan

Hari Tentera Darat ke88 berkata TDM sentiasa komited dalam membantu kerajaan dan rakyat, bukan sahaja semasa situasi konflik tetapi juga ketika menghadapi bencana alam atau bencana kesihatan.

“Ini terbukti melalui kerjasama dalam mencegah penularan wabak COVID19 melalui pelaksanaa­n Op Penawar serta Op Benteng yang mana penglibata­n tentera darat bagi kedua-dua operasi ini menampakka­n kejayaan yang signifikan,” katanya.

Beliau berkata TDM juga diberi kepercayaa­n oleh kerajaan dalam pelaksanaa­n program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi menyelaras program vaksinisas­i COVID19 di seluruh negara.

“Timbalan Panglima Tentera Darat telah dilantik sebagai pengarah projek bersama dalam ‘project management team’ untuk COVID-19 Immunisati­on Task Force. Saya ingin mengucapka­n penghargaa­n kepada kerajaan kerana meberikan kepercayaa­n tinggi kepada TDM dalam melaksanak­an program berimpak tinggi seperti ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Zamrose (depan tengah) bersama para pegawai dan anggota Tentera Darat pada hari Sambutan Tentera Darat ke-88, di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Zamrose (depan tengah) bersama para pegawai dan anggota Tentera Darat pada hari Sambutan Tentera Darat ke-88, di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia