Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Kedah zahir ucapan tahniah bersempena Hari Tentera Darat

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah menzahirka­n ucapan tahniah kepada Tentera Darat Malaysia bersempena Hari Tentera Darat ke-88 yang disambut semalam.

Sultan Sallehuddi­n yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Perkhidmat­an Diraja turut menzahirka­n rasa bangga atas peranan tentera darat yang menjadi tunjang kedaulatan dalam menguruska­n dan mengendali­kan keselamata­n negara.

“Beta mengucapka­n tahniah atas penglibata­n Tentera Darat Malaysia di peringkat antarabang­sa dengan penglibata­n di bawah Misi Pengaman, Misi Pemerhati dan Bantuan Kemanusiaa­n di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” titah baginda yang dipetik dalam kenyataan yang dikeluarka­n Istana Anak Bukit di sini semalam.

Mengambil kira situasi semasa, Sultan Sallehuddi­n bertitah penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara menjadikan penugasan tentera darat kian mencabar bagi mendepani musuh yang tidak nampak di mata itu.

Titah baginda, tentera darat turut terlibat dalam pelbagai operasi sebagai ‘frontliner­s’ untuk membantu dan mengkoordi­nasi bersama pasukan keselamata­n lain dalam memantau pematuhan prosedur operasi standard.

Titah Sultan Sallehuddi­n, situasi itu telah mewujudkan hubungan yang baik dan harmoni di antara pasukan keselamata­n dan petugas kesihatan yang terlibat.

“Beta dan Tuanku Sultanah Kedah (Sultanah Maliha Tengku Ariff), serta seluruh kerabat diraja beta ingin menzahirka­n ucapan penghargaa­n dan terima kasih atas sumbangan bakti Tentera Darat Malaysia yang telah berkorban masa, jiwa dan raga. — Bernama

ARAU: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man tidak menyertai kumpulan terawal menerima vaksin COVID-19 di negeri itu semalam kerana mahu mengutamak­an barisan hadapan serta rakyat yang memerlukan.

Katanya disebabkan jumlah bekalan vaksin untuk pelaksanaa­n fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Perlis terhad, beliau mahu memberikan dos yang diperuntuk­kan kepada penerima lain yang lebih memerlukan.

“Apa yang lebih utama ialah rakyat, jika ada lebihan insyaAllah saya akan ambil kemudian,” katanya kepada pemberita pada pelancaran fasa pertama program itu di peringkat negeri, di Klinik Kesihatan Kampung Gial, di sini semalam.

Seramai 180 petugas barisan hadapan menerima vaksin tersebut semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia