Utusan Borneo (Sarawak)

Inter tewaskan Genoa 3-0 kekalkan kedudukan di singgahsan­a Serie A Itali

-

MILAN: Romelu Lukaku menjaringk­an gol seawal 33 saat selepas sepak mula perlawanan dan mengumpan satu lagi gol ketika Inter Milan menewaskan Genoa 3-0 untuk mengekalka­n kedudukan di singgahsan­a Serie A Itali berbanding kelab jirannya, AC Milan, yang menewaskan AS Roma 2-1 pada Ahad.

Inter kekal empat mata di hadapa Milan, yang kembali di landasan kemenangan selepas tewas dua perlawanan liga berturut-turut termasuk tewas kepada Inter hujung minggu lepas.

Juara bertahan, Juventus, kurang enam lagi mata selepas seri 1-1 di Hellas Verona pada perlawanan hari Sabtu tetapi bermain kurang perlawanan.

Atalanta, berkongsi mata dengan Juventus, menduduki tangga keempat dan dua mata di hadapan Roma yang tercicir ke tangga kelima selepas tewas kepada Milan.

Lukaku menjaringk­an gol pada peluang pertama di San Siro dan kemudian mengumpan kepada Matteo Darmian untuk gol kedua Inter pada minit ke-69. Alexis Sanchez masuk dari bangku simpanan untuk melengkapk­an jaringan ketika berbaki 13 minit permainan.

“Kami berada di tangga teratas dan ia satu perasaan yang hebat,” kata Lukaku ketika Inter cuba menafikan Juventus kemenangan liga yang ke-10 berturut-turut selepas muncul naib juara musim lepas.

Skuad kendalian Antonio Conte itu meneruskan rentak mereka dari minggu lepas apabila menewaskan Milan 3-0 dan meraih kemenangan kelima berturut-turut ketika mereka memburu kejuaraan liga yang pertama sejak 2010.

“Kami berasa gembira kerana kerja-keras kami berhasil. Ia sudah berhasil musim lepas tetapi pasukan ini lebih matang musim ini,” kata Conte. “Kami tahu masih ada baki 14 perlawanan sahaja lagi. Kami harus mengekalka­n rentak ini sehingga ke akhir musim jika mahu mencapai sesuatu kejayaan.”

Lukaku mengetuai cabaran apabila membuka jaringan dari umpanan Lautaro Martinez selepas menerima bola dari Nicolo Barella untuk menjaringk­an gol ke-18 beliau dalam liga musim ini, kurang satu gol dari pendahulu keseluruha­n, Cristiano Ronaldo.

Lukaku, 27, sudah menjaringk­an enam gol dari lima perlawanan terakhir.

“Saya berada dalam kedudukan yang baik dalam kerjaya saya tetapi apa yang pent- ing ialah Inter meraih kemenangan,” tambah bekas pemain Manchester United itu.

“Perlawanan ini adalah peluang untuk kami memberi isyarat kepada pasukan lain tetapi saingan masih panjang.

“Kami harus tidak mengalah, tahun lepas kami tewas perlawanan seperti ini tetapi tahun ini kami semakin matang.”

Milan memenangi perlawanan sengit menentang Roma di Stadio Olimpico ketika skuad kendalian yang pertama mereka sejak 2011.

Penalti Franck Kessie meletakkan Milan di hadapan, lima minit sebelum rehat selepas Federico Fazio mengasari Davide Calabria.

Jordan Veretout mengikat kedudukan buat Roma lima minit selepas rehat tetapi Milan kembali di hadapan tidak lama selepas itu apabila Ante Rebic menjaringk­an gol kemenangan lapan minit kemudian selepas menerima umpanan Alexis Saelemaeke­rs.

Pada perlawanan lain, Atalanta mengekalka­n peluang memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila menewaskan Sampdoria 2-0 menerusi gol Ruslan Malinovski­y dan Robin Gosens.

Napoli juga meraih kemenangan apabila menewaskan Benevento 2-0 untuk meletakkan mereka kurang satu mata di belakang Roma di tangga keenam.

Dalam saingan kelompok terbawah liga, Cagliari menamatkan rekod 16 perlawanan tanpa menang apabila menewaskan kelab terbawah liga, Crotone 2-0 pada perlawanan pertama Leonrdo Semplici sebagai jurulatih.

 ??  ?? Stefano Pioli mengekalka­n saingan untuk memburu kejuaraan liga
LUKAKU
Stefano Pioli mengekalka­n saingan untuk memburu kejuaraan liga LUKAKU
 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Pemain tengah Genoa Valon Behrami (belakang) bersaing dengan Alexis Sanchez pada perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan menentang Genoa di stadium San Siro di Milan, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Pemain tengah Genoa Valon Behrami (belakang) bersaing dengan Alexis Sanchez pada perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan menentang Genoa di stadium San Siro di Milan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia