Utusan Borneo (Sarawak)

AS seharusnya boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 China: Haley

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) seharusnya memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di China, menurut bekas duta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley pada Ahad, menjadi ahli politik Republikan terbaharu yang semakin tidak senang dengan penganjura­n Sukan Olimpik dan rekod buruk hak asasi manusia Beijing.

“Kita harus memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di China,” ciap Haley, yang pernah merupakan sekutu rapat bekas presiden AS, Donald Trump di Twitter.

“Ia pastinya kerugian besar kepada atlet kita tetapi harus diingati tentang genosid yang berlaku di China dan prospek yang memberi China kuasa untuk melakukan lebih banyak kekejaman di masa hadapan.”

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 dijadualka­n bermula 4 Februari, enam bulan selepas Sukan Olimpik Tokyo yang tertangguh dari tahun lepas tetapi persediaan untuk kedua-dua penganjur ini terjejas oleh pandemik COVID-19.

China berdepan perhatian dunia kerana pelbagai isu, terutama sekali penahanan etnik Islam Uigur di rantau barang Xinjiang, yang didakwa AS sebagai genosid.

Ia juga dalam tekanan kerana menghapusk­an hak kebebasan di negara bekas koloni British, Hong Kong dan juga pendiriann­ya terhadap Taiwan, negara demokratik yang masih dianggap wilayahnya oleh Beijing.

Ahli Republikan, John Katko, awal minggu ini menulis kepada Presiden Joe Biden untuk menggesa satu boikot.

“Penyertaan dalam satu Sukan Olimpik yang diadakan di negara yang secara terbuka melakukan genosid bukan hanya mencemar nilai yang dikongsi bersama tetapi juga satu bayangan tentang janji untuk semua yang mencari kebebasan dan keadilan masyarakat,” tulis Katko.

Dan awal bulan lepas, sekumpulan senator AS memperkena­lkan satu resolusi untuk menarik balik hak penganjura­n Olimpik dari China, dengan menggesa Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) untuk membenarka­n bidaan baharu supaya Sukan Olimpik boleh “dianjurkan di sebuah negara yang mengiktira­f dan menghormat­i hak asasi manusia.”

Dalam satu kenyataan kepada AFP pada awal bulan yang sama, IOC berkata kebimbanga­n yang disuarakan oleh pelbagai pihak, termasuk mengenai hak asasi “dibangkitk­an dengan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.”

Kementeria­n luar China sebelum ini menolak kebimbanga­n itu dan mengelar ia “bermotif politik” dan “sangat tidak bertanggun­gjawab.”

Beijing sudah berada dalam tekanan antarabang­sa terutama sekali dengan nasib dialami etnik minoriti Uighur.

Kumpulan hak asasi percaya sekurang-kurangnya satu juta penduduk etnik Uighurs dan minoriti Islam lain berbahasa Turki ditahan di kem-kem di Xinjiang.

Selepas pada awalnya menafikan kewujudan kem tahanan itu, kerajaan China akhirnya mengakui tetapi berkata ia adalah pusat latihan vokasional yang bertujuan untuk mengurangk­an fahaman melampau dalam Islam.

 ?? — Gambar AFP ?? BOIKOT: Gambar fail bertarikh 26 November 2018 kelihatan Nikki Haley penerima UNSC pada mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB di New York.
— Gambar AFP BOIKOT: Gambar fail bertarikh 26 November 2018 kelihatan Nikki Haley penerima UNSC pada mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia