Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka United FC lancar jersi baharu musim 2021

-

MELAKA: Melaka United Football Club (MUFC) melancarka­n jersi baharu semalam membabitka­n aksi di laman sendiri dan tempat lawan bagi saingan musim 2021 menjelang sepak mula Liga Super 5 Mac ini.

Buat julung kalinya, majlis pelancaran itu diadakan secara dalam talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.

Bagi musim ini, pasukan Hang Tuah meneruskan kerjasama dengan pengeluar jenama sukan tempatan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd buat tahun kedua dengan mengekalka­n warna tradisi skuad Sang Kancil iaitu hijau muda sebagai warna rasmi jersi tuan rumah.

Bagaimanap­un,jersiMUFC bagi aksi di tempat lawan pada musim ini menampilka­n kelainan dengan pemilihan warna kelabu manakala jersi ketiga akan dilancar sekitar April depan.

Pelancaran jersi itu disempurna­kan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika waktu rehat separuh masa pertama perlawanan pramusim MUFC menentang Kelantan FC di

Stadium Hang Jebat di malam tadi.

Hadir sama Ketua Eksekutif Melaka United FC Sdn Bhd Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Sementara itu, Sulaiman yang juga Presiden MUSA, berkata beliau menaruh kepercayaa­n kepada skuad kendalian ketua jurulatihn­ya, Zainal Abidin Hassan, untuk melakar sesuatu yang membanggak­an musim ini.

“Kita berharap pemain akan berusaha dengan gigih sehingga mampu mencapai kejayaan pada musim ini.

“Saya juga memohon semua pihak untuk mendoakan agar pandemik COVID-19 dapat dihapuskan segera bagi membolehka­n penyokong dapat kembali ke stadium memberikan sokongan padu buat pasukan sekali gus mengembali­kan kemeriahan bola sepak Malaysia seperti tahun-tahun yang lalu,” katanya.

MUFC bakal bertemu Sabah di laman sendiri pada 6 Mac depan bagi perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Hang Tuah dalam saingan Liga Super. — Bernama

sini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia