Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya aktiviti sukan, rekreasi tanpa penonton dibenarkan: Abdul Karim

-

KUCHING: Hanya aktiviti sukan dan rekreasi tanpa penonton dan penyertaan orang ramai dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata aktiviti sukan dan rekreasi sama ada secara individu dan berpasukan bagi tujuan latihan, permainan serta perlawanan boleh dilakukan sepanjang tempoh PKPB bagaimanap­un ia berlangsun­g tanpa penonton mahupun penyokong.

“Semua aktiviti sukan dan rekreasi bagi kategori individu dan berpasukan bagi tujuan latihan, permainan dan perlawanan sama ada untuk ‘in door’ atau ‘out door’ dibenarkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka.

“Maksudnya, perlawanan bola sepak seperti Liga Malaysia bermula bulan ini, Stadium Negeri digunakan ia masih boleh dijalankan tetapi tanpa kehadiran penonton dan penyokong,” katanya pada sidang media perkembang­an COVID-19 di negeri ini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ahli JPBNS itu menjelaska­n penganjura­n kejohanan dan pertanding­an sukan di negeri ini sepanjang tempoh PKPB tertakluk kepada kelulusan Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan perlu dimaklumka­n kepada JPBNS.

“Kebenaran beroperasi dan menggunaka­n fasilitifa­siliti sukan oleh orang awam adalah terhad dengan surat sokongan daripada KBS Sarawak atau JBPNS,” katanya.

Mengenai aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi dilarang sepanjang tempoh PKPB di negeri ini, beliau berkata penganjura­n kejohanan atau pertanding­an dengan kehadiran penyokong atau penonton tanpa kebenaran KBS negeri atau JPBNS, tidak dibenarkan.

Selain itu, beliau berkata aktiviti-aktiviti melibatkan penyertaan orang ramai pada satu-satu masa seperti larian ria, triathlon, maraton dan sebagainya dilarang.

“Ini sedikit sebanyak SOPSOP ingin dimaklumka­n bagi aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi di Sarawak sepanjang tempoh PKPB . Jika perlu maklumat terperinci mengenai perkara itu boleh dirujuk kepada laman sesawang JPBNS atau KBS Sarawak,” jelasnya.

PKPB seluruh Sarawak dilanjutka­n tempoh dua minggu bermula pada 1 hingga 15 Mac ini berikutan peningkata­n kes COVID-19 di negeri ini.

 ??  ?? SOP SUKAN: Abdul Karim mengumumka­n SOP bagi aktiviti sukan dan rekreasi sepanjang PKPB di Sarawak pada sidang media semalam.
SOP SUKAN: Abdul Karim mengumumka­n SOP bagi aktiviti sukan dan rekreasi sepanjang PKPB di Sarawak pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia