Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan runtuh, penduduk terputus laluan

-

RANAU: Berikutan hujan lebat secara tiba-tiba setelah kering selama dua minggu di sini baru-baru ini, sebuah jambatan di Kampung Nampasan runtuh, menyebabka­n laluan penduduk kampung di daerah ini terputus.

Jambatan Sungai Tahubang runtuh kira-kira jam 5.30 pagi pada Isnin, setelah hujan berterusan dan air yang mengalir dari bukit menyebabka­n jambatan berkenaan runtuh.

Seorang penduduk dari Kampung Gana-Gana, Endy Ladis, 45, memberitah­u jambatan itu adalah laluan penting menghubung­kan penduduk kampung ke Pekan Ranau termasuk anak-anak ke sekolah.

“Selain daripada keadaan jalan yang teruk di kawasan ini, kami sekarang menghadapi situasi jambatan yang runtuh ini. Kami berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera demi penduduk di sini,” katanya.

Menurutnya, jambatan yang runtuh itu menyukarka­n penduduk dari enam kampung, iaitu Kampung Nampasan, Giring-Giring, Gaur, Bayag, Kitaie dan Togoyog untuk ke pekan Ranau.

Sementara itu, Ketua JKR Ranau Mac Glen Frederick Lojuman berkata, punca runtuhan itu dikenal pasti sebagai hakisan tanah.

“Akibatnya jambatan itu rosak, dan kami mengklasif­ikasikan keadaan itu sebagai berbahaya, dan tidak boleh dilalui kenderaan.

“Nasib baik tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa akibat kejadian itu, tetapi dengan jambatan terbabit tidak lagi berfungsi, perhubunga­n darat terputus, tanpa laluan alternatif tersedia,” katanya.

Mac mengatakan keputusan dibuat untuk menutup laluan selama dua hari, bagi memberi jalan kepada kontraktor untuk membuat pengalihan sementara menggunaka­n lorong meletakkan batu kerikil.

Selain itu, beliau berkata, pembaikan jambatan yang runtuh akan dilakukan sebaik sahaja jalan sementara selesai.

 ??  ?? TIDAK DAPAT DILALUI: Jambatan ke Kampung Nampasan yang runtuh dipercayai akibat hakisan tanah.
TIDAK DAPAT DILALUI: Jambatan ke Kampung Nampasan yang runtuh dipercayai akibat hakisan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia