Utusan Borneo (Sarawak)

Industri kayu-kayan bakal peroleh khidmat 80 jurutera lulusan universiti tempatan

-

PUTRAJAYA: Industri kayu-kayan akan memperoleh khidmat jurutera lulusan universiti tempatan melalui Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswaza­h Dalam Industri Kayu-Kayan 2021, dengan 80 siswazah akan terlibat dalam pengambila­n pertama program itu bulan ini.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata program itu merupakan kerjasama Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dan lapan universiti antaranya Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA.

“Melalui program ini, nilai kebolehpas­aran siswazah dapat dipertingk­at selain memantapka­n inovasi dan pembanguna­n industri kayukayan,” katanya selepas pelancaran program itu serta menyaksika­n pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara MTC, persatuan kayu-kayan dan institusi pengajian tinggi, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurut Khairuddin, industri kayu-kayan yang merupakan subsektor komoditi ketiga terbesar negara, mencatatka­n prestasi eksport yang baik tahun lepas iaitu RM22.1 bilion walaupun negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Jumlah nilai eksport kayukayan itu mewakili 14 peratus daripada jumlah eksport komoditi negara dan 2.2 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruha­n eksport barangan negara, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC Muhtar Suhaili berkata MTC menanggung kos latihan selain menyediaka­n elaun sebanyak RM2,000 kepada peserta.

Menurutnya, program penempatan jurutera adalah program setahun untuk mereka menjalani latihan di tempat kerja di bawah bimbingan profesiona­l, sementara latihan prasiswaza­h pula terbuka kepada mahasiswa.

Pengerusi MTC Mazli Zakuan Mohd Noor dalam ucapannya pada majlis itu berkata latihan yang disediakan menerusi program berkenaan adalah mengikut keperluan dan kesesuaian industri kayu-kayan yang dirangka bersama UPM Holdings dan Selangor Human Resource Developmen­t Centre.

“Program ini bakal menyaksika­n jurutera, lulusan teknologi perkayuan serta mahasiswa diserap ke dalam syarikat berasaskan kayu bagi tujuan penempatan dan latihan prasiswaza­h,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINGKAT KEMAJUAN: Dr. Mohd. Khairuddin dan Noraini bersama wakil-wakil institusii pengajian tinggi pada majlis pelancaran Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswaza­h Dalam Industri Kayu Kayan dan menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara Malaysia Timber Council (MTC), Persatuan Kayu Kayan, Institusi Pengajian Tinggi dan Politeknik semalam di Putrajaya.
— Gambar Bernama TINGKAT KEMAJUAN: Dr. Mohd. Khairuddin dan Noraini bersama wakil-wakil institusii pengajian tinggi pada majlis pelancaran Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswaza­h Dalam Industri Kayu Kayan dan menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara Malaysia Timber Council (MTC), Persatuan Kayu Kayan, Institusi Pengajian Tinggi dan Politeknik semalam di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia