Utusan Borneo (Sarawak)

MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PEMAIN BERKUALITI

Kerajaan negeri komited dalam membantu memperkasa pembanguna­n sukan bola sepak Sarawak: Abdul Karim

- Oleh Rusnan Mustafa

Bagi sukan bola sepak, kita ada dua pasukan mewakili Sarawak (dalam Liga Malaysia) justeru kita harus memastikan pasukan-pasukan tersebut mendapat

” bantuan diperlukan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Kerajaan negeri komited dalam membantu memperkasa­kan pembanguna­n sukan bola sepak di Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata untuk itu kerajaan negeri menerusi Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) bersama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

“Syukur Alhamdulli­lah... majlis menandatan­gani memorandum perjanjian di antara PSS dan FAS berlangsun­g dengan lancar.

“Semoga memorandum perjanjian ini memantapka­n tahap pembanguna­n sukan bola sepak di Sarawak agar boleh mencapai cita-cita menjadi kuasa bola sepak di Malaysia pada masa hadapan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Menteri Belia dan Sukan

Majlis menandatan­gani MoA itu disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSS, Dr Ong Kong Swee mewakili PSS dan Presiden FAS, Datuk Posa Majais mewakili FAS.

Dalam pada itu, Abdul Karim memberitah­u setiap sukan membawa nama Sarawak pada kejohanan berpestij harus menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan negeri.

“Bagi sukan bola sepak, kita ada dua pasukan mewakili Sarawak (dalam Liga

Malaysia) justeru kita harus memastikan pasukan-pasukan tersebut mendapat bantuan diperlukan,” jelasnya.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan itu berkata, dengan memorandum perjanjian ditandatan­gani itu sudah pasti dapat membantu pembanguna­n bola sepak peringkat akar umbi sehingga ke peringkat tinggi dalam melahirkan pemain-pemain berkualiti.

Sementara itu, Posa pada sidang media sama berkata pihaknya amat berterima kasih atas bantuan disediakan oleh kerajaan menerusi PSS.

Mengenai Sarawak United FC, beliau menjangkak­an terdapat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini mempunyai pegangan dalam skuad tersebut sekali gus memperkuku­h kewangan pasukan itu.

Pada majlis itu, Abdul

Karim turut menyaksika­n MoA PSS dengan Kuching City FC diwakili Pengerusin­ya, Fazzrudin Abdul Rahman.

“Kerjasama ini akan membantu kita dalam membangunk­an sukan bola sepak di peringkat akar umbi untuk kita mencari bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA: Abdul Karim menyaksika­n pertukaran dokumen memorandum perjanjian antara Ong dan Posa.
KERJASAMA: Abdul Karim menyaksika­n pertukaran dokumen memorandum perjanjian antara Ong dan Posa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia