Utusan Borneo (Sarawak)

KES JENAYAH MENURUN KETARA

PKP beri impak kepada penurunan indeks jenayah di Sarawak untuk dua bulan pertama tahun ini: Aidi

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 memberi impak kepada penurunan kadar indeks jenayah untuk dua bulan pertama tahun ini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, terdapat penurunan sehingga 60 peratus kes-kes jenayah di negeri ini untuk Januari hingga Februari tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menurutnya, sehingga 28 Februari tahun ini, hanya 723 kes jenayah dilaporkan di seluruh negeri berbanding 1,766 kes pada tahun lepas.

“Kes jenayah menurun mungkin juga disebabkan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadka­n pergerakan antara daerah atau zon serta penguatkua­saan yang ketat.

“Untuk tempoh Januari hingga Februari tahun ini, jumlah kes jenayah menurun sehingga 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, di mana antara yang menurun ketara ialah kes jenayah kekerasan dan kes jenayah harta benda,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Aidi berkata, jenayah kekerasan turut mencatatka­n penurunan kira-kira 50 peratus iaitu hanya merekodkan 96 kes tahun ini berbanding 200 kes pada tahun lepas.

“Bagi kes jenayah harta benda pula merekodkan penurunan sebanyak 939 kes iaitu 627 kes pada tahun ini dan 1,566 kes pada tahun lepas untuk tempoh yang sama (JanuariFeb­ruari),” jelasnya.

Selain itu, Aidi memaklumka­n kes yang merekodkan jumlah tertinggi pada tahun ini ialah kes kecurian (jenayah harta benda).

Mengulas lanjut mengenainy­a, beliau berkata Kuching merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 176 kes, diikuti Miri (115), Padawan (110), Sibu (94), dan Bintulu (57).

“Meskipun merekodkan penurunan kes secara keseluruha­n, namun ada beberapa daerah yang merekodkan sedikit peningkata­n kadar indeks jenayah, seperti di Limbang, Saratok dan Julau,” katanya.

Sementara itu, Aidi turut mengulas mengenai perkembang­an kes rogol melibatkan seorang gadis berusia 16 tahun di lokap balai polis Miri.

“Pihak Bukit Aman telah membuat pertuduhan ke atas 11 pegawai dan anggota yang terlibat sama ada dibuang kerja atau diturunkan pangkat,” katanya.

Beliau juga memberitah­u, pihaknya sedang menjalanka­n siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis di Mukah yang sebelum ini pernah digesa untuk disiasat oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kertas siasatan telah dibuka dan setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Aidi menyaksika­n upacara serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sarawak yang baharu di antara SAC Lukas Aket dan ACP Zulfikar Mohd Ghazali di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Lukas, anak jati Sarawak yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubunga­n Antarabang­sa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, mengambil alih jawatan sebagai Ketua JSJ Sarawak menggantik­an ACP Zulfikar Mohd Ghazali.

Difahamkan, Zulfikar memangku jawatan tersebut menggantik­an SAC Mat Zani@Salahuddin Che Ali yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejak 10 Februari lalu.

 ??  ?? PERKEMBANG­AN TERKINI: Aidi menunjukka­n laporan kadar indeks jenayah pada sidang media semalam.
PERKEMBANG­AN TERKINI: Aidi menunjukka­n laporan kadar indeks jenayah pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia