Utusan Borneo (Sarawak)

WOLVES DERITA DIBELASAH MAN CITY

Skuad bimbingan Guardiola menyamai rekod lama kelab dengan 28 perlawanan tanpa kalah selepas membelasah Wolves 4-1

-

Ada 33 mata menjadi buruan. Esok lawan kami akan bermain, kami mempunyai beberapa hari untuk berehat dan kemudian membuat persediaan menentang Manchester United di tempat

” sendiri.

MANCHESTER: Manchester City menyamai rekod lama kelab dengan 28 perlawanan tanpa kalah pada Selasa, apabila membelasah Wolverhamp­ton 4-1 untuk membuka jurang berkelebih­an 15 mata di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu merombak skuadnya menentang pasukan yang menewaskan mereka dua kali pada musim lepas ketika beliau mengekalka­n buruan empat kejuaraan musim ini.

City bagaimanap­un dipaksa bekerja-keras selepas Conor Coady mengikat kedudukan dari gol pertama City yang dijaringka­n menerusi gol sendiri Leander Dendoncker tetapi dua gol pada lewat permainan dari Gabriel Jesus dan satu gol Riyad Mahrez mengesahka­n tiga mata penuh.

Tempoh 28 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an itu menyamai rekod mereka dari bulan April hingga Disember 2017 dan mereka kini menjadi pilihan utama untuk mengesahka­n kejuaraan liga yang ketiga dalam empat tahun.

Kemenangan juga yang ke21 berturut-turut dan yang ke-15 berturut-turut dalam Liga Perdana.

City belum pernah keting

Pep Guardiola

galan dalam mana-mana 19 perlawanan liga terakhir – menyamai rekod yang dicipta Arsenal pada 1998/1999.

Guardiola memuji ‘pasukan hebat’ beliau tetapi berkata fokus beliau ialah perlawanan seterusnya, menentang kelab jiran, Manchester United, merupakan pencabar terdekat City ketika ini.

“Selepas terikat 1-1, kami terjejas sedikit tetapi mencipta banyak peluang pada akhirnya,” kata beliau ketika memberitah­u penyiaran BT Sport.

“Manchester United. Itu adalah perhatian kami sekarang,” tambah beliau. “Juara liga adalah Liverpool, gelaran masih milik mereka. Kami berada di kedudukan yang terbaik untuk merampasny­a daripada mereka dan kami akan mencuba tetapi ketika ini mereka adalah juara.

“Ada 33 mata menjadi buruan. Esok lawan kami akan bermain, kami mempunyai beberapa hari untuk berehat dan kemudian membuat persediaan menentang Manchester United di tempat sendiri.”

Pasukan tuan rumah menguasai lawan dari sepak mula, mengawal bola dengan baik ketika Wolves bergelut mencari rentak.

Penguasaan City berhasil apabila Dendoncker tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke-15.

Mahrez melakukan larian pantas dari sayap kanan, melepasi pertahanan Wolves sebelum menerima umpanan Rodri dan pemain antarabang­sa Algeria itu melakukan rembatan ke hadapan pintu

Pengurus Manchester City

gol Wolves dan Dendoncker, ketika diasak Raheem Sterling, tertolak bola ke pintu golnya sendiri.

Aymeric Laporte ada menjaringk­an gol kedua tetapi tidak dibenarkan kerana ofsaid dan Bernardo Silva melihat cubaannya tersasr selepas penjaga gol Wolves, Rui Patricio menepis tandukan pada minit akhir sebelum rehat.

City hampir menambah jaringan pada awal separuh masa kedua tetapi Patricio sekali lagi beraksi tangkas dengan menepis cubaan Kevin De Bruyne dan Mahrez.

Apa yang mengejutka­n, Wolves berjaya mengikat kedudukan pada minit ke60 apabila Coady menanduk tendangan percuma Joao Moutinho.

City meningkatk­an asakan dan merampas kembali pendahulua­n gol ketika berbaki 11 minit permainan apabila pertahanan Wolves gagal menangani hantaran lintang Kyle Walker, membolehka­n Jesus merembat bola dari jarak dekat.

Mahrez menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-90 sebelum Jesus melengkapk­an jaringan pada saat akhir.

Rekod kemenangan berturut-turut City adalah yang ketiga terbaik di kalangan lima liga utama di Eropah, di belakang Bayern Munich (23) pada 2020 dan Real Madrid (22) pada 2014.

Apa yang lebih mengagumka­n ialah mereka bermula hambar dengan ramai pengulas sukan meramalkan saingan sengit Liga Perdana sejak beberapa tahun.

Namun sebaliknya, City mengubah nasib mereka untuk kembali menguasai singgahsan­a liga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CUAI: Leander Dendoncker (dua kanan) menjaringk­an gol sendiri pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Wolverhamp­tom Wanderers di Stadium Etihad di Manchester, England, kelmarin.
— Gambar AFP CUAI: Leander Dendoncker (dua kanan) menjaringk­an gol sendiri pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Wolverhamp­tom Wanderers di Stadium Etihad di Manchester, England, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia