Utusan Borneo (Sarawak)

Industri acara perniagaan perlu menekankan pendekatan acara secara maya

-

KUCHING: Industri acara perniagaan di negeri ini perlu menekankan pendekatan acara secara maya atau hibrid dalam usaha membantu memulihkan ekonomi semasa keadaan sukar susulan wabak COVID-19 ketika ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tidak dinafikan banyak tekanan dilalui industri acara perniagaan sejak wabak COVID-19 melanda negara.

Malahan katanya, ketibaan pelawat atau delegasi yang datang untuk acara perniagaan mencapai tahap terendah sepanjang tahun lepas.

“Bagaimanap­un Sarawak akan pulih dan kekal kompetitif. Seperti yang dimaklumka­n, Sarawak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) 2020 dengan menarik 95 acara perniagaan keseluruha­n yang memberi nilai RM208.8 juta kepada ekonomi,” katanya ketika berucap melancarka­n Tribe Homegrown Incentivis­ed Package sempena Tribal Gathering 2021 Business Events Sarawak’s (BESarawak) di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, penganjur industri perniagaan di Sarawak memainkan peranan penting kerana sejak bertahun, segmen konvensyen dan pameran berjaya berkembang dengan menjadi acara diiktiraf di peringkat antarabang­sa serta menarik perhatian ramai orang di seluruh dunia.

Mengenai pakej insentif Tribe Homegrown yang dilancarka­n itu, beliau berkata kerajaan amat menggalakk­an dan menyokong usaha sedemikian kerana lebih banyak perancanga­n tempatan untuk acara perniagaan di negeri ini.

“Ia juga adalah cara untuk kita memberikan sokongan kepada industri dalam negeri sebelum sempadan dibuka semula.

“Dengan menawarkan pelbagai produk, termasuk kategori Pakej Mesyuarat Korporat & Insentif Korporat dan kategori Konvensyen, ia sepatutnya menggalakk­an lebih ramai perancang acara tampil menganjur atau mengadakan acara di Sarawak,” katanya.

Berhubung pakej insentif Tribe Collaborat­e, ia akan memperting­katkan lagi aktiviti seperti iklan, pemasaran dan promosi sedia ada kepada rakan industri dalam bidang berkaitan.

 ??  ?? LANCAR: Abdul Karim melakukan simbolik pelancaran Tribal Gathering 2021 BES yang diadakan di Kuching, semalam.
LANCAR: Abdul Karim melakukan simbolik pelancaran Tribal Gathering 2021 BES yang diadakan di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia