Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Tedungan-Pandaruan dinaik taraf untuk kurangkan kesesakan

-

LIMBANG: Projek menaik taraf Jalan Tedungan-Pandaruan sejauh 1.16 kilometer dengan kos RM15 juta dijangka mampu mengurangk­an masalah kesesakan, selain melancarka­n aliran trafik di bandar ini apabila siap Februari tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek itu yang memakan masa 16 bulan untuk disiapkan turut menyediaka­n kemudahan parkir yang diselaras dengan projek menaik taraf Tebingan Sungai Limbang yang kini dalam pembinaan.

“Projek menaik taraf jalan sedia ada Tedungan-Pandaruan bertujuan memudahkan aliran trafik di bandar Limbang.

“Saya minta kalau dapat agar dibuat pusingan-U untuk jalan ini kerana mereka terpaksa pergi ke bandar untuk membuat pusinganU,” katanya ketika ditemui media pada Lawatan Kerja di Tapak Projek Muzium Pembanguna­n Limbang di sini, semalam.

Mengiringi beliau ialah Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pengarah Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Latip, Timbalan Residen Bahagian Limbang Seni Abang, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Noor Ismail Razali.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak berkata, projek jalan itu dilaksanak­an di bawah Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

Beliau memberitah­u lagi, berlaku kelewatan untuk beberapa projek, antaranya, Muzium Pembanguna­n Limbang, Jalan Ulu Tubai menuju ke Mentawai/Gunung Buda, Jambatan Sungai Limbang dan menaik taraf Jalan Tedungan-Pandaruan.

Jelasnya, kontraktor turut memaklumka­n masalah yang dihadapi akibat keadaan cuaca dan kelewatan bahan pembinaan, selain disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas.

“Kontraktor perlu mengambil tanggungja­wab sepenuhnya dan perlu memperkema­skan lagi perancanga­n dan pengurusan projek.

“Saya tengok kelewatan disebabkan perancanga­n dan pengurusan tidak disesuaika­n dengan keadaan,” tegasnya.

Pada masa sama katanya, kontraktor perlu tampil dengan pelan pemulihan memandangk­an terdapat projek yang mengalami kelewatan yang agak lama.

 ??  ?? TINJAU: Awang Tengah (kiri) melawat projek Muzium Pembanguna­n Limbang sambil diiringi Superi (empat kiri), Paulus dan Dr Abdul Rahman (dua kanan) semalam.
TINJAU: Awang Tengah (kiri) melawat projek Muzium Pembanguna­n Limbang sambil diiringi Superi (empat kiri), Paulus dan Dr Abdul Rahman (dua kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia