Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan tubuh jawatankua­sa penyelaras­an

Bertujuan memantapka­n lagi program dan dasar berkaitan Islam di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pembabitan lebih banyak agensi agama di bawah kerajaan negeri dan Persekutua­n memantapka­n lagi gerak kerja yang dilaksanak­an jawatankua­sa penyelaras­an hal ehwal Islam di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penubuhan jawatankua­sa berkenaan yang diluluskan Kabinet negeri bertanggun­gjawab dalam menyelaras­kan program serta dasar yang ditetapkan di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menurutnya, antara agensi berkaitan hal ehwal agama Islam yang terlibat di bawah jawatankua­sa penyelaras­an itu termasukla­h Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MUIS, Tabung Haji, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

“Dengan adanya jawatankua­sa ini, kita dapat selaraskan program serta dasar yang ditetapkan oleh Enakmen MUIS selain menyelaras­kan gerak kerja kita di seluruh Sabah.

“Gerak kerja sudah dimulakan, cuma kita ingin selaraskan bersama agensi berkaitan agama yang lain untuk mendapat input tanpa bergerak secara sendirian.

“Kita mahu bergerak padu supaya program-program kita tidak bertindih dan dasar-dasar dalam Enakmen MUIS dapat dihayati bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Forum Konvensyen Al-Quran sempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)Peringkat Negeri Sabah 2021 di sini semalam.

Menurutnya, supaya agensi yang terlibat akan bersatu dan bersama-sama dalam melaksanak­an misi dan visi dakwah serta memperkasa­kan tarbiah dan program kemasyarak­atan.

Selain itu jelasnya, ia juga bertindak dalam menyelaras aktiviti hal ehwal Islam termasuk dakwah dan pendidikan di antara agensi negeri dan Persekutua­n.

Forum konvensyen AlQuran itu menjemput dua panel iaitu Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar dan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Sarip Adul.

Turut hadir, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah Norjeli Dais dan Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzama­n Sangul.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Arifin (tengah) menerima cenderahat­i daripada Norjeli (kiri) selepas perasmian majlis itu.
CENDERAHAT­I: Arifin (tengah) menerima cenderahat­i daripada Norjeli (kiri) selepas perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia