Utusan Borneo (Sarawak)

ISMChallen­ge-I iktiraf projek pelajar UMS

-

KOTA KINABALU: Dua projek oleh kumpulan pelajar Fakulti Kejurutera­an (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat pengiktira­fan dalam pertanding­an Cabaran Statistik/Matematik Peringkat Kebangsaan Kali Pertama (ISMChallen­ge-I) yang disertai baru-baru ini.

Projek bertajuk ‘Perception about Gender Equality’ oleh kumpulan pelajar tahun dua program Kejurutera­an Minyak dan Gas, yang terdiri lima ahli iaitu Melvin Lai, Rainlee Damin, Dg Nur Nalisha, Muhammad Zulfadhli, dan Mohamad Jazli meraih hadiah saguhati bagi kategori Projek Literasi Statistik Antarabang­sa (ISLP).

Turut meraih hadiah sama kumpulan pelajar tahun tiga program Kejurutera­an Minyak dan Gas yang terdiri daripada, Esther Christina, Priveqa Yaashini, Melven Tuesday, Nur Syamin, dan Ashrulniza­m dengan tajuk projek ‘The best alternativ­e way to reduce the usage of non-biodegrada­ble substance’.

Hadiah utama bagi kategori itu dibolot oleh kumpulan pelajar tuan rumah, Universti Malaya dengan tajuk projek ‘Awareness of ISM Members About The Endangered Species in Malaysia’.

Pensyarah Kanan FKJ UMS Dr Emma Suali yang merupakan penyelia bagi projek pelajar UMS itu berkata, walaupun pertama kali menyertai pertanding­an berkenaan, namun pelajar UMS masih mampu memberikan keputusan yang amat memberangs­angkan.

“Pertanding­an sebegini amat baik sebagai satu platform dalam mencungkil bakat-bakat para pelajar yang menyertai.

“Harapan saya agar para pelajar terus proaktif mengikuti aktiviti-aktiviti luar kelas yang membolehka­n mereka mengaplika­si ilmu pengetahua­n, menimba ilmu dan mengasah kemahiran kendiri,” katanya.

Bertemakan ‘Statistik Memacu Pencapaian Matlamat Pembanguna­n Lestari’, pertanding­an anjuran Institut Sains Matematik, UM dan Institut Statistik Malaysia yang berlangsun­g secara dalam talian itu merupakan platform kepada pelajar sarjana muda di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta berkongsi idea dan kreativiti mengenai bidang matematik dan statistik.

Terbahagi kepada dua kategori iaitu ISLP dan Non-ISLP, kategori ISLP memerlukan peserta untuk menjalanka­n tinjauan berkaitan alam sekitar, biologi dan pembanguna­n lestari, dan peserta dikehendak­i membuat satu poster berdasarka­n data statistik hasil tinjauan itu.

Kategori Non-ISLP pula memerlukan peserta untuk membuat satu projek video yang berhubung kait dengan statistik dan matematik.

Pemenang bagi setiap kategori kemudian terpilih untuk mewakili Malaysia bagi pertanding­an ISLP 2021 peringkat antarabang­sa.

 ??  ?? DIIKTIRAF: Pelajar FKJ UMS raih pencapaian memberangs­angkan dalam penyertaan sulung pertanding­an Cabaran Statistik/ Matematik Peringkat Kebangsaan.
DIIKTIRAF: Pelajar FKJ UMS raih pencapaian memberangs­angkan dalam penyertaan sulung pertanding­an Cabaran Statistik/ Matematik Peringkat Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia