Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus Kepimpinan Kokurikulu­m mantapkan kepimpinan pelajar SMK Taman Perumahan Bedaun

-

LABUAN: Seramai 98 murid dan lima orang guru menghadiri Kursus Kepimpinan Kokurikulu­m kali ke-5 bagi tahun 2021 anjuran Unit Kokurikulu­m SMK Taman Perumahan Bedaun, barubaru ini.

Program ini berlangsun­g secara dalam talian melalui Google Meet bersama-sama dengan Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulu­m, Jawatankua­sa Induk Kokurikulu­m serta murid-murid yang telah dilantik menjadi Ahli Jawatan kuasa Induk bagi Kelab Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan Permainan.

Objektif program ini adalah untuk memberi keyakinan dan pendedahan kepada pelajar yang memegang jawatan tertinggi dalam kelab dan persatuan dalam mengurus sesuatu organisasi yang mereka ceburi di sekolah.

Program yang bermula pada jam 2 petang, dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengetua Ag. Rozlan Manan yang mengharapk­an agar murid-murid yang telah dilantik menjadi AJK Induk Kelab dan Persatuan agar dapat memainkan peranan masing-masing sebagai pemimpin khususnya di dalam Kelab dan Persatuan.

Menurutnya, kecemerlan­gan diri seseorang murid dapat dilihat menerusi penglibata­n dalam aktiviti kokurikulu­m dari aspek pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan aktiviti akademik.

Tegasnya, pemimpin perlu memimpin dan juga dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.

Ag Rozlan turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan murid-murid yang diberi kepercayaa­n untuk menjadi AJK Induk Kelab dan Persatuan.

Program itu diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulu­m Lau Chin Ying yang mengharapk­an agar program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulu­m

SMKTPB ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid khususnya yang dilantik menjadi AJK Induk bagi Kelab dan Persatuan.

Program dibahagika­n kepada dua slot iaitu Slot 1: Tugas-tugas dan Tanggungja­wab AJK Induk dan Slot 2: Pengurusan Fail Kelab dan

Persatuan. Kedua-dua slot ini disampaika­n oleh Setiausaha Kokurikulu­m SMKTPB, Rosenani Farera Michael.

Kursus ini bertujuan memantapka­n kepimpinan murid dan membina keyakinan murid dalam menguruska­n aktiviti kokurikulu­m, dan dengan harapan melahirkan generasi yang berkepimpi­nan bukan sahaja semasa berada di sekolah, bahkan diharap dapat dipraktikk­an setelah tamat persekolah­an.

 ??  ?? FORUM: Para tetamu jemputan bersama Arifin (duduk, tengah) menyaksika­n Forum Konvensyen Al-Quran sempena MTQ Peringkat Negeri Sabah.
FORUM: Para tetamu jemputan bersama Arifin (duduk, tengah) menyaksika­n Forum Konvensyen Al-Quran sempena MTQ Peringkat Negeri Sabah.
 ??  ?? UCAPAN: Ucapan oleh Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun Awang Rozlan Manan.
UCAPAN: Ucapan oleh Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun Awang Rozlan Manan.
 ??  ?? BERSAMA PESERTA: Ag Rozlan (atas tiga kiri) bersama peserta-peserta Kursus Kepimpinan Kokurikulu­m kali ke-5 Tahun 2021 anjuran Unit Kokurikulu­m SMK Taman Perumahan Bedaun.
BERSAMA PESERTA: Ag Rozlan (atas tiga kiri) bersama peserta-peserta Kursus Kepimpinan Kokurikulu­m kali ke-5 Tahun 2021 anjuran Unit Kokurikulu­m SMK Taman Perumahan Bedaun.
 ??  ?? LAU CHIN YING
LAU CHIN YING
 ??  ?? ROSENANI FARERA
ROSENANI FARERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia