Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak setuju buka semula kemasukan pekerja asing

Keputusan lulus permohonan mengenai pekerja asing di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak, bukan JIM Sarawak

- Oleh Marlinda Mardzuki

Pada pagi ini Ketua Menteri kita telah mempengeru­sikan mesyuarat mengenai pekerja asing dan hasil daripada mesyuarat tersebut, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membuka semula kemasukan pekerja asing

” berkuat kuasa 1 Mac 2021.

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju membuka semula kemasukan pekerja asing berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan untuk meluluskan permohonan mengenai pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak dan bukannya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

“Pada pagi ini Ketua Menteri kita telah mempengeru­sikan mesyuarat mengenai pekerja asing dan hasil daripada mesyuarat tersebut, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membuka semula kemasukan pekerja asing berkuat kuasa 1 Mac 2021.

“Keputusan ini dibuat berdasarka­n banyak permohonan daripada industri yang memerlukan pekerja asing,” katanya pada sidang media harian COVID19 di sini, semalam.

Berdasarka­n kelulusan ini, kata Uggah, ‘State Localizati­on Committee’ telah meluluskan seramai 27,000 permohonan pekerja asing merangkumi sektor pertanian, perladanga­n, pembinaan, pembuatan, perkhidmat­an yang merangkumi pengangkut­an, restoran, kuari dan perlombong­an.

Jelas Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa

Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), pengambila­n pekerja asing ini tertakluk kepada garis panduan (SOP) COVID19 yang telah dikeluarka­n JPBNS.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak juga meluluskan pelaksanaa­n rekalibras­i untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang akan bermula dari 15 Mac

Timbalan Ketua Menteri

hingga 30 Jun ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Pengarah JIM Sarawak Datu Ken Leben menjelaska­n pelan rekalibras­i terbahagi kepada dua iaitu rekalibras­i pulang dan rekalibras­i tenaga kerja (RTK).

“Bagi rekalibras­i pulang, ia membenarka­n PATI yang berada di Sarawak untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

“Manakala RTK adalah program khas untuk memutihkan PATI yang berada di negara kita khasnya Sarawak untuk digaji semula oleh majikan dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan,” katanya.

Ken memberitah­u, kriteria untuk PATI yang dibenarkan pulang ke negara mereka termasuk mereka yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) iaitu tamat tempoh pas, melanggar syarat di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tanpa pas atau dokumen dan mereka yang menyalahgu­nakan pas mengikut Peraturan 39(b).

“Ketiga-tiga kesalahan itu melayakkan PATI untuk pulang ke negara asal.

“Bagi PATI yang hendak pulang iaitu untuk kesalahan Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1), PATI akan dikenakan kompaun RM500 sebelum boleh kembali ke negara asal manakala untuk kesalahan melanggar Peraturan 39(b), PATI akan dikenakan kompaun RM300,” ujarnya.

Bagi RTK pula, Ken mendedahka­n hanya dua kesalahan dibenarkan iaitu melanggar seksyen 15(1)(c) dan PATI yang menyalahi kesalahan Peraturan 39(b).

“Sebagai contoh, PATI mempunyai pas dan bekerja di syarikat ABC tetapi bekerja di syarikat yang lain,” tambahnya.

Ken turut menjelaska­n, dari segi negara sumber, Sarawak membenarka­n satu lagi negara sumber untuk menambah 15 negara sumber untuk pekerja asing di negeri ini iaitu China.

“Kemudian semua majikan yang dibenarkan menggaji PATI ini adalah di sektor pembinaan, perkilanga­n, perladanga­n, pertanian dan Kerajaan Sarawak membenarka­n tiga lagi tambahan subsektor iaitu perkhidmat­an, perlombong­an dan kuari serta pembantu rumah,” kata Ken.

Ujarnya, bagi kriteria kelayakan PATI yang dibenarkan untuk bekerja, mereka akan dikenakan fi rekalibras­i sebanyak RM1,500, deposit RM500 dan bayaran levi yang lain mengikut sektor dan visa negara masing-masing.

“Dokumen perjalanan haruslah sah laku di Sarawak yang membenarka­n tiga bulan dan kemudian dilanjutka­n di konsulat negara masingmasi­ng.

“Selain itu, tempoh dibenarkan bekerja untuk RTK adalah lima tahun dari pas diluluskan tetapi tempoh keberadan di Malaysia dan Sarawak harus tidak melebihi 10 tahun,” jelasnya.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

 ?? — Gambar oleh JAPEN Sarawak ?? SIDANG MEDIA: Uggah bersama Ken dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Chin Zing Hing pada sidang media harian COVID-19.
— Gambar oleh JAPEN Sarawak SIDANG MEDIA: Uggah bersama Ken dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Chin Zing Hing pada sidang media harian COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia