Utusan Borneo (Sarawak)

Pergerakan antara zon masih tidak dibenarkan di Sarawak: Uggah

-

KUCHING: Pergerakan antara zon masih tidak dibenarkan di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah berkata, larangan ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) negeri ini yang sedang dilaksanak­an sehingga 15 Mac ini.

“Pergerakan antara zon di Sarawak masih memerlukan kebenaran daripada Polis

Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 di sini, semalam.

Pada Jumaat, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, PKPB di Sarawak dilanjutka­n hingga 15 Mac ini.

Keputusan lanjutan tempoh PKPB ini dibuat susulan situasi kes positif yang semakin meningkat di negeri ini.

Sementara itu, Uggah berkata JPBNS bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Perumahan Townvilla dan blok Flat Sibujaya pada 4 Mac ini kecuali blok C, H, J, K, L, N dan R yang dilanjutka­n mulai 5 hingga 11 Mac.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam JPBNS dan atas nasihat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), JPBNS bersetuju untuk menamatkan PKPD di

Perumahan Townvilla dan blok Flat Sibujaya pada 4 Mac 2021 seperti yang dijadualka­n kecuali blok C, H, J, K, L, N dan R yang dilanjutka­n bermula 5 Mac sehingga 11 Mac ini,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, KKM telah melakukan saringan terhadap 6,818 orang.

“Daripada jumlah itu, 277 kes positif COVID-19 telah direkodkan melibatkan kedua-dua lokaliti ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia