Utusan Borneo (Sarawak)

Kes ‘Black Hole’ diteruskan Isnin depan, jurubahasa mahkamah dipanggil beri keterangan

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan kes saman sivil ‘Black Hole’ diteruskan pada Isnin depan dengan memanggil jurubahasa mahkamah dari Miri untuk memberikan keterangan­nya mengenai kes ini.

Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai menetapkan demikian setelah pihak plaintif dan defendan selesai menyoal balas bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Supian Tarmizi Mohd Tazuddin semalam.

Pihak plaintif terdiri daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak manakala Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen bertindak selaku pihak defendan.

Dalam pada itu difahamkan saksi wanita berkenaan bakal memberi keterangan dari Miri menerusi persidanga­n dalam talian yang dijadualka­n pada jam 2.30 petang Isnin.

Beliau dikatakan akan membantu mahkamah mentafsirk­an risalah versi Mandarin yang didakwa mengandung­i unsur fitnah terhadap Pihak Berkuasa

Kewangan Sarawak.

Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong, Pegawai Undang-Undang Negeri Mohamad Adzrul Adzlan, Oliver Chua dan Voon Yan Sin mewakili pihak plaintif manakala ADUN Kota Sentosa itu mewakili dirinya sendiri dalam kes ini.

Setakat ini, sekitar lima saksi plaintif telah dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk Supian.

Saksi lain termasuk wartawan wanita, pembaca harian surat khabar Sin Chew Daily, bekas Pengarah Pentadbira­n Kewangan bagi Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak dan bekas wartawan.

Pada 2013, Chong mendakwa dana kerajaan negeri RM11 bilion hilang.

Ia seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Akibatnya, kedua-dua pihak itu memfailkan saman fitnah terhadap Chong pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia