Utusan Borneo (Sarawak)

10,801 individu di Sarawak diberi dos pertama vaksin COVID-19 sehingga 2 Mac

-

KUCHING: Seramai 10,801 individu di Sarawak telah diberikan dos pertama suntikan vaksin COVID-19, Pfizer BioNTech sehingga 2 Mac 2021 sejak Program Imunisasi Peringkat Negeri bermula 26 Februari lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah tersebut 10,037 adalah petugas kesihatan dan 764 daripada jabatan atau agensi lain.

Beliau turut memaklumka­n bahawa semalam Sarawak telah menerima kumpulan kedua vaksin COVID-19 iaitu sebanyak 31,590 dos.

“Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian ketika ini berada di Lapangan Terbang

Antarabang­sa Kuching menyaksika­n ketibaan kumpulan kedua vaksin (COVID19) ,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, penghantar­an kumpulan pertama vaksin Pfizer BioNTech sebanyak 23,400 dos pada Rabu lepas telah diagihkan ke bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Mukah bermula 25 Februari.

Manakala bagi bahagian Bintulu, Miri dan Limbang katanya, dijangka menerima vaksin berkenaan pada hari ini.

Sarawak dijangka menerima empat lagi penghantar­an vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi Peringkat Negeri yang melibatkan petugas barisan hadapan.

Penghantar­an kumpulan ketiga dan keempat vaksin melibatkan 4,680 dos dijadual masing-masing pada 10 dan 17 Mac manakala ketibaan penghantar­an kumpulan kelimapada­24Macmelib­atkan 14,000 dos dan keenam pada 31 Mac sebanyak 9,360 dos.

 ?? — Gambar UKAS ?? VAKSIN TIBA: Dr Sim (lima kiri) menyaksika­n ketibaan kumpulan kedua vaksin Pfizer-BioNTech di LapanganTe­rbang Antarabang­sa Kuching semalam.
— Gambar UKAS VAKSIN TIBA: Dr Sim (lima kiri) menyaksika­n ketibaan kumpulan kedua vaksin Pfizer-BioNTech di LapanganTe­rbang Antarabang­sa Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia