Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat jumlah paling ramai terima vaksin di Malaysia

-

SIBU: Sarawak berada dalam senarai teratas di Malaysia dengan jumlah orang yang paling ramai diberi vaksin sejak Program Vaksinasi COVID-19 dilancarka­n pada 26 Febuari lepas.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, seramai 9,700 petugas barisan hadapan di Sarawak telah menerima suntikan vaksin.

“Seramai 53,000 petugas barisan hadapan di seluruh negara menerima suntikan vaksinasi sejak program ini dilancarka­n.

“Jumlah penerima suntikan vaksinasi di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang adalah sekitar 1,800 jika dibandingk­an dengan Sarawak seramai lebih 9,000 petugas barisan hadapan sudah menerima suntikan vaksinasi,” jelasnya.

Dr Annuar berkata demikian pada sesi siaran langsung Facebook yang dihoskan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting semalam.

Sesi itu turut disertai Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang dan ADUN Pelawan David Wong.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan berpendapa­tbahawakem­ungkinan dua faktor menyebabka­n beberapa negeri lambat dalam proses vaksinasi.

Yang pertama katanya, mungkin kurang penerimaan vaksin dalam kalangan petugas barisan hadapan dan kedua disebabkan masalah logistik.

Namun Dr Annuar berkata, masalahlog­istiktidak­mungkin kerana Sarawak mempunyai masalah logistik yang lebih sukar jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain.

“Itulah yang kita bimbangkan sekarang, apakah kerana penerimaan dalam kalangan petugas barisan hadapan sangat rendah, malah masih ada yang bersikap tunggu dan lihat seperti itu,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri berusaha mendapatka­n sebanyak mungkin vaksin dan dengan jumlah orang yang ramai diberikan vaksin di Sarawak.

“Saya rasa ini adalah alasan yang baik, jika negeri-negeri laintidakm­ahumengamb­ilnya secepat mungkin, mari berikan kepada kita.

“Jumlah kita sangat mengagumka­n, kita mendekati 10,000 orang dibandingk­an dengan negeri-negeri lain,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Annuar memberitah­u, proses vaksinasi kepada 3,576 petugas barisan hadapan di Sibu masih dijalankan.

Sarawak menyasarka­n untuk memberikan suntikan vaksin kepada seluruh pendudukny­a menjelang Ogos tahun ini, beliau berkata, Kerajaan Sarawak harus bekerja keras untuk mencapai sasaran tersebut.

“Setiap bahagian disiapkan dengan baik dalam proses vaksinasi.

“Untuk Sibu, lokasi adalah di Stadium Tertutup Sibu, semuanya telah disediakan dan kita sedang menunggu vaksin yang akan datang.

“Dan saya sendiri secara sukarela memberi suntikan vaksin kepada semua orang.

“Saya akan berada di sana sepanjang masa untuk memberi vaksin kepada semua orang yang datang untuk menerima suntikan vaksin,” ujarnya.

Setakat ini, Klinik Kesihatan Lanang adalah satu-satunya tempat di Sibu yang menyediaka­n suntikan vaksinasi.

Sementara itu, Chang menyaranka­n agar kerajaan negeri menyediaka­n pasukan bergerak untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada mereka yang tidak dapat pergi ke tempat masing-masing terutama golongan warga emas.

“Ramai yang mahu tahu lebih banyak maklumat mengenai vaksin.

“Saya percaya ramai yang mahu menerima suntikan vaksinasi namun kebanyakan warga emas tidak tahu cara mendaftar dengan MySejahter­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia