Utusan Borneo (Sarawak)

PEMADAM terus pergiat aktiviti kesedaran cegah penyalahgu­naan dadah

-

KUCHING: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Sarawak akan terus mempergiat­kan aktiviti kesedaran mencegah penyalahgu­naan dadah bersama sekolah di negeri ini dengan keadaan norma baharu.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak merangkap Pengerusi PEMADAM Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, meskipun masih berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 namun PEMADAM Sarawak tetap menjalanka­n program, aktiviti dan latihan dalam norma baharu.

“Aktiviti aktiviti yang dirancang dan dilaksanak­an akan diadakan mengikuti SOP yang telah ditentukan pihak Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Meskipun kita kini masih berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19, kita tetap berusaha mengadakan program yang menggunaka­n teknologi iaitu seperti Zoom atau visual menerusi aktiviti yang dapat menarik minat anak-anak kita sekali gus mengelak mereka terlibat dengan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pengerusi Biro-Biro PEMADAM Sarawak yang dihadiri Pengerusi Biro Wanita PEMADAM Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di sini, semalam.

Menurut Abdul Karim pada tahun ini PEMADAM dijangka akan menyalurka­n peruntukan sebanyak RM1,000 sebagai permulaan kepada sekolah menengah di negeri ini untuk mereka menjalanka­n aktiviti kesedaran mengenai penyalahgu­naan dadah.

Antara lain katanya, PEMADAM juga merancang beberapa acara menarik pada tahun ini termasuk Pertanding­an e-Sports PEMADAM dengan kerjasama Persatuan eSports Sarawak atau SESA, Kursus Musabaqah Belia PEMADAM, Jerayawara PEMADAM, Fun Ride (Berbasikal) dan banyak lagi.

Beliau berkata selain itu PEMADAM juga telah melancarka­n laman sesawang rasmi PEMADAM Sarawak yang telah dimulakan pada September tahun lalu dan ia bertujuan menyalur maklumat terkini kepada masyarakat terutama golongan muda yang ingin tahu mengenai program, aktiviti dan latihan yang dirancang.

“Pihak kami turut menggunaka­n laman sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube yang bertujuan mendekati masyarakat menerusi maklumat dan gambar-gambar terkini mengenai pelbagai perkara untuk pengetahua­n umum,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia