Utusan Borneo (Sarawak)

POPULAR hulur sumbangan kepada 19 rumah anak yatim dari seluruh Malaysia

-

KUCHING: POPULAR meneruskan tanggungja­wab sosial dalam situasi mencabar yang melanda dunia masa kini dengan tidak melupakan golongan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Menurut kenyataan medianya semalam, sebanyak 19 rumah anak yatim dari seluruh Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak telah dipilih untuk menerima sumbangan hasil daripada dana terkumpul sepanjang tempoh kempen Ramadan@ POPULAR 2020.

Kempen itu berlangsun­g dari 28 Februari hingga 28 Jun 2020 di hampir 100 kedai buku POPULAR dan HARRIS di Malaysia.

Kempen yang bertemakan ‘Membaca: Beribadah Sambil Beramal’, mengajak orang ramai melakukan amal jariah yang berterusan terutama pada bulan Ramadan.

Setiap rumah anak yatim menerima sumbangan dalam bentuk cek bernilai RM10,233.68.

Baru-baru ini, empat rumah anak yatim dari Lebuh Klang telah menerima sumbangan daripada POPULAR dan dua wakil pihak penerbit iaitu Maghfirah Pustaka & Al-Hidayah Groups sebagai rakan kempen.

Manakala penerima sumbangan dari negeri-negeri lain akan mengambil cek melalui kedai buku POPULAR/HARRIS yang terpilih dalam masa terdekat.

Sembilan belas rumah anak yatim yang menerima sumbangan itu ialah Persatuan Kebajikan Rumah Perlindung­an Teratak Nur Insan Kuala Lumpur & Selangor, Kuala Lumpur; Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang, Kuala Lumpur; Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Anak Kesayangan­ku Selangor; Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Ulin Nuha, Selangor; Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia (Insan Penyayang), Negeri Sembilan; Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin, Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Barkat).

Turut menerima sumbangan adalah Rumah Tunas Harapan Semai Bakti, Pahang; Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah, Terengganu; Rumah Bakti Kedai Buluh, Kelantan; Pusat Jagaan Darul Aitam Walmasakin Sultanah Haminah, Kedah; Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Perlis; Rumah Permata Kasih, Pulau Pinang; Persatuan Anak-Anak Yatim Soleha, Perak dan Pusat Jagaan Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Sarawak.

Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak, Sarawak; Pusat Jagaan Anak Yatim dan Tahfiz Quran Darul Yatama Yacob Khan, Sabah; Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim Nur Taqwa, Sabah

dan Rumah Anak Yatim AlAman Beaufort, Sabah.

Sejak kempen ini diadakan pada 2010, sebanyak 147 rumah anak yatim telah menerima sumbangan.

Untuk tahun 2021, POPULAR bersama lapan syarikat penerbitan tempatan akan meneruskan kempen yang bermakna ini untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan.

Oleh itu sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Promosi Ramadan@POPULAR 2021 akan diadakan mulai 5 Mac hingga 9 Mei 2021 di kedai buku POPULAR/HARRIS terpilih di seluruh Malaysia termasuk POPULAR Online.

Sepanjang promosi ini berlangsun­g, pelanggan dapat menikmati rebat sebanyak 10 peratus untuk lebih daripada 267 tajuk-tajuk terpilih daripada katergori Agama, Motivasi, Bukan Fiksyen, Masakan dan Komik.

Dengan tema Membaca: Beribadah Sambil Beramal, kami ingin mengajak semua pembaca untuk sama-sama, membeli dan melakukan amal, kerana dengan setiap pembelian anda, 10 peratus akan didermakan kepada badan kebajikan terpilih.

Selain menikmati tawaran hebat, pelanggan juga boleh memberi sumbangan melalui Projek Wakaf Al-Quran & Terjemahan kami.

Pelanggan hanya perlu membeli dan menyerahka­n buku-buku tersebut kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk diwakafkan kepada badan kebajikan terpilih. Juruwang kami akan mengambil rekod belian anda.

Selain daripada itu pelanggan akan menerima hadiah percuma senaskhah surah Yassin atau Manzil dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit sementara stok masih ada.

Jadi tunggu apa lagi, nikmati rebat daripada promosi ini dan Membaca: Beribadah Sambil Beramal, kongsikan rezeki anda dengan insaninsan yang memerlukan bantuan.

Orang ramai juga boleh menikmati promosi ini di POPULAR Online

Selain itu, POPULAR turut menyediaka­n kemudahan membeli-belah dengan Perkhidmat­an Order, Pick & Go.

Pengambila­n barang di cawangan pilihan anda atau penghantar­an ke rumah boleh diaturkan.

Untuk maklumat lanjut sila klik di

 ??  ?? KEBAJIKAN: Penyampaia­n sumbangan berbentuk cek kepada wakil daripada rumah anak yatim oleh pihak POPULAR sempena Ramadan@POPULAR 2020 . Dari kiri, Eksekutif Perdaganga­n, Jabatan Bahasa Melayu POPULAR Zulsyahmi Elias, Pengarah Maghfirah Pustaka Fendi Abdul Manan, Nurul Azlin Abdul Aziz wakil daripada Persatuan Kebajikan Rumah Perlindung­an Teratak Nur Insan Kuala Lumpur dan Selangor dan Pengarah Al-Hidayah Groups Fazrul Hasan Kamaluddin.
KEBAJIKAN: Penyampaia­n sumbangan berbentuk cek kepada wakil daripada rumah anak yatim oleh pihak POPULAR sempena Ramadan@POPULAR 2020 . Dari kiri, Eksekutif Perdaganga­n, Jabatan Bahasa Melayu POPULAR Zulsyahmi Elias, Pengarah Maghfirah Pustaka Fendi Abdul Manan, Nurul Azlin Abdul Aziz wakil daripada Persatuan Kebajikan Rumah Perlindung­an Teratak Nur Insan Kuala Lumpur dan Selangor dan Pengarah Al-Hidayah Groups Fazrul Hasan Kamaluddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia