Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan pemantauan SOP mulakan operasi tiga kali seminggu di Sibu

-

SIBU: Pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) bersepadu yang diketuai IPD Sibu memulakan operasi tiga kali seminggu mulai semalam dengan objektif untuk meratakan lekuk COVID-19.

Pasukan pemantau itu terdiri daripada polis, Tentera Darat, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Imigresen, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Jabatan Pertanian, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pertanian.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Sibu DSP Ariffin Bahar memberitah­u wartawan semalam bahawa operasi itu adalah untuk memastikan masyarakat dan komuniti perniagaan mematuhi SOP semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 15 Mac.

“Anggota pasukan akan melakukan rondaan untuk memeriksa sama ada orang ramai menggunaka­n applikasi MySejahter­a sebelum memasuki mana-mana kedai, mengimbas suhu badan mereka, memakai pelitup separuh muka semasa berniaga, menyediaka­n buku daftar untuk pelanggan mencatat butir-butirnya, menyediaka­n pembersih tangan dan memastikan bahawa pekerja perniagaan dan pelanggan memerhatik­an jarak fizikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Ariffin berkata, setiap pasukan akan menumpukan perhatian pada setiap jenis perniagaan yang terdiri daripada sektor perniagaan dan restoran, pembuatan dan kilang, sektor pertanian dan komoditi dan tapak pembinaan.

Sebagai contoh, MPS akan menumpukan perhatian pada perniagaan di kaki lima dan perdaganga­n haram, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memeriksa tanda harga, Jabatan Imigresen akan lebih menumpukan kepada pekerja asing dan Jabatan Tenaga Kerja memberi tumpuan pemeriksaa­n di tapak pembinaan.

“Pasukan pemantau akan meneruskan operasi sekiranya PKPB di sini dilanjutka­n “tambahnya.

Pada operasi semalam tiada kompaun dikeluarka­n.

 ??  ?? TEGAS: Ariffin bersama pasukan pemantau memeriksa premis kedai di bandar Sibu.
TEGAS: Ariffin bersama pasukan pemantau memeriksa premis kedai di bandar Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia