Utusan Borneo (Sarawak)

SK Kuala Tatau bakal miliki dewan baharu

-

BINTULU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tatau kini memiliki dewan serba guna baharu susulan Projek Bina Baharu Dewan Terbuka Berbumbung sekolah itu di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

Agensi pelaksana pembinaan dewan itu ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan kontraktor pembinaann­ya ialah RGB Enterprise.

Pembinaan itu kini dilihat hampir siap sepenuhnya daripada jadual awalnya yang mana tempoh pelaksanaa­n projek RTP Kerajaan Sarawak itu bermula pada 5 November 2020 hingga 4 April ini.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berharap dengan adanya dewan itu akan memberi kemudahan kepada murid-murid di sekolah itu dalam membantu proses pembelajar­an mereka agar mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

“Saya dan pasukan DUN N67 Jepak mendoakan murid-murid (SK Kuala Tatau) berjaya dan menjadi orang yang baik serta berguna dalam komuniti,” ujar Talib dalam catatan di laman Facebookny­a semalam.

Tidak hanya dewan sekolah, dewan serba guna di kawasan kampung berdekatan iaitu Kampung Haji Ismail Kuala Tatau turut mendapat kemudahan dewan serba guna yang sama di bawah Projek RTP DUN Jepak yang mana penyerahan dewan itu kepada penduduk kampung telah disempurna­kan oleh Talib pada 7 Ogos 2020.

Pelbagai projek telah disalur dan dilaksanak­an Kerajaan Sarawak di beberapa kawasan DUN di negeri ini termasuk DUN Jepak bagi memastikan penduduk di kawasan terbabit dan negeri ini dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa menggunaka­n kemudahank­emudahan yang disedia kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia