Utusan Borneo (Sarawak)

Berita palsu memudaratk­an jika tidak diperjelas

Sesetengah berita palsu terpaksa diulas kerana bimbang dianggap benar oleh masyarakat

- Oleh Reno Benjamin

Sejak berlaku COVID-19 di Sibu, bermacam-macam cerita di Sibu. Jika tidak diulas takut dianggap benar. Jika

” diulas takut makin menjadi-jadi.

SIBU: Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, sesetengah berita palsu dalam media sosial terpaksa diberi ulasan kerana bimbang dianggap benar oleh masyarakat.

Sejak pandemik COVID19 berlaku di Sibu katanya, pelbagai berita palsu tular di media sosial yang mampu mendatangk­an mudarat kepada masyarakat jika tidak diulas sebaiknya.

“Sejak berlaku COVID-19 di Sibu, bermacam-macam cerita di Sibu. Jika tidak diulas takut dianggap benar. Jika diulas takut makin menjadi-jadi.

“Tapi berita palsu ini akan mendatangk­an mudarat sebab memberi situasi panik dan huru-hara kepada masyarakat di Sibu,” ujarnya ketika memberi penjelasan mengenai jumlah kes positif

Dr Annuar Rapaee

COVID-19 di Sibu melalui Facebook, kelmarin.

Menurut Dr Annuar, beliau jarang melayan berita palsu dalam media sosial kecuali merasakan berita palsu itu boleh mendatangk­an mudarat dan huru-hara kepada masyarakat.

“Oleh itu saya sering beri penjelasan berdasarka­n fakta dan bukti. Kita harus bekerjasam­a kerana kita menentang musuh yang sama.

“Saya sanggup bekerjasam­a dengan sesiapa sahaja kerana bagi saya, kita harus ketepikan soal politik.

“Kita mahu pastikan Sibu selamat daripada pandemik COVID-19,” jelasnya.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu berkata, beberapa hari lepas tular berita palsu yang mengatakan­Sibumencat­at340

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu

kes dengan 10 kematian.

“Berita palsu ini tular semasa sambutan Chap Goh Meh.

“Oleh itu saya beri penjelasan agar kita tunggu kenyataan sebenar daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak,” ujarnya sambil menambah, banyak lagi berita palsu tular dalam media sosial sebelum ini.

Dr Annuar yang juga ADUN Nangka berkata, berdasarka­n jumlah kes harian di Sibu, keadaan COVID-19 di sini masih belum stabil dengan jumlah kes turun naik.

“Perjalanan kita masih jauh. Banyak perkara yang perlu kita patuhi dan lakukan.

“Keadaan kita di Sibu masih belum stabil,” katanya sambil menyifatka­n kes di Sibu turun naik kerana masih berlaku banyak pergerakan.

Dalam pada itu katanya, keadaan kes COVID-19 di luar bandar Sibu agak baik dengan hanya 33 rumah panjang masih dikenakan sekatan pergerakan.

“Keadaan di luar Sibu agak baik tapi di bandar Sibu masih belum baik.

“Diharap seminggu dua keadaan akan bertambah baik,” jelasnya.

 ??  ?? MEMBAWA MUDARAT: Dr Annuar ketika memberi penjelasan mengenai berita palsu yang tular dalam media sosial.
MEMBAWA MUDARAT: Dr Annuar ketika memberi penjelasan mengenai berita palsu yang tular dalam media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia