Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD di Kampung Sungai Maong dilanjutka­n sehingga 4 Mac

-

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Sungai Maong di sini, yang bermula pada 17 Februari lalu dilanjutka­n sehingga 4 Mac ini, kata Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

MKN menerusi notis pemakluman prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini kelmarin, berkata ia sepatutnya berakhir 2 Mac, namun perlu disambung selama dua hari lagi.

“Lanjutan PKPD di Kampung Sungai Maong ini bermula pada 3 Mac (12.01 pagi) sehingga 4 Mac 2021 (11.59 malam),” katanya.

Kampung Sungai Maong diletakkan di bawah PKPD kerana kemunculan Kluster Sungai Maong setelah seorang penduduk yang bekerja sebagai anggota keselamata­n di Hospital Umum Sarawak (HUS) dijangkiti COVID19.

Selain itu MKN berkata, bagi kawasan rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya, PKPD hanya akan dilanjutka­n di blok rumah pangsa C, H, J, K, L, N dan R mulai 5 Mac 2021 (12.01 pagi) sehingga 11 Mac 2021 (11.59 malam).

Untuk rekod, kawasan itu pertama kali diletakkan di bawah PKPD pada 12 Februari hingga 25 Februari kerana jumlah kes COVID19 yang tinggi dan kemudian dilanjutka­n dari 26 Februari hingga 4 Mac ini.

Sepanjang PKPD di kedua-dua kawasan terbabit, MKN berkata Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan bertanggun­gjawab melaksanak­an kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

Antara kawalan yang dilakukan katanya, semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Selain itu pergerakan keluar masuk pegawai bertugas ke dalam kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan. “Bagaimanap­un pertimbang­anbolehdib­erikan oleh pihak PDRM dan KKM berdasarka­n ‘case by case basis’,” jelasnya sambil menambah, tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh PKPD berkuat kuasa.

Jelasnya lagi, semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing sepanjang pelaksanaa­n PKPD.

“Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dan masuk ke atau dari kawasan PKPD.

“Bagaimanap­un, bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan keluar zon tetapi perlu mengemukak­an permohonan pergerakan kepada PDRM,” ujarnya.

Wakil keluarga katanya, boleh menghubung­i Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching atau Bilik Operasi PKPD.

“Semua surau, masjid, rumah ibadat lain dan sekolah di dalam kawasan PKPD juga ditutup sepanjang tempoh ini. Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi. Aktiviti sosial, rekreasi dan budaya serta sektor ekonomi adalah tidak dibenarkan,” katanya.

MKN memberitah­u bahawa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk terlibat.

Pemberian keperluan makanan ujarnya, akan diselarask­an secara bersama oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing.

“Sumbangan bantuan oleh NGO sepanjang tempoh PKPD adalah melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia